Rabu, 13 Oktober 2010

Jalan Jalan Petaling Street

Assalamua'laikum,

Ahad lepas, 101010, masa time orang sibuk nak kawen, atau nak p kenduri kawen, aku ajak k.eli dengan nekma layan Petaling Street. Sebab, hari Khamis atau Jumaat ada keluar satu artikel pasal Petaling Street dalam akhbar Kosmo. Aku bukanlah pembaca Kosmo yang tegar. Tapi itu je yang ada kat ofis aku, elok je dier melepak atas meja kat pantry, aku layan la sambil buat air teh. Yang paling menawan kalbuku adalah tentang gerai tau fu fa dengan air mata kucing. So, daripada makan nasi minyak orang kawen, atau menyerah diri kena soal bila nak kawen, aku menapak ke Petaling Street.

Ramai yang dah tahu, maklum la Petaling Street ni antara tempat tarikan kat KL ni. Petaling Street juga dikenali dengan nama Chinatown tapi kurang dikenali dengan nama asal Jalan Petaling. Bila aku cakap nak p Jalan Petaling, orang tengok aku plek je, yela2 aku translate la jadi Petaling Street. Mat saleh sokmo.

Zaman2 aku belajar kat UiTM Perak, aku selalu ulang alik KL, balik rumah naik bas. Zaman tu tiket bas dari Ipoh baru 11 ringgit. La ni 11 ringgit sampai celah mana kat highway tu aku x tau la. So, Stesen Pudu tu memang tempat termenung aku tunggu bas. Selalunya juga aku akan merayau kat Petaling Street. Keadaan dahulukala dan sekarang memang la amat berbeza. Dulu gerai berlambak. Meja sume style portable, dalam modular unit (canggeh kan...). Xde bumbung naga hijau tinggi kat situ. Seingat aku, aku selalu dapat CD pirate free. Sebabnya, tiap kali aku p situ je, selalu ada raid DBKL. Dan setiap kali tu jugak la, tangan aku pegang satu CD. Elok je aku pegang, depa da bungkus meja segala dalam sekelip mata meja da jadi sekeping, bawak lari sama. Tu pasal aku kata portable. Modular sebab senang pasang, senang angkut, senang bawak lari. Aku harap diorg x de la saspek aku direktorat DBKL. Nampak macam DBKL dengan aku geng kamcing je. Tiap kali aku ada, DBKL pun ada.

Jalan Petaling berhampiran dengan Jalan Tun H.S Lee. Jalan Tun H.S. Lee berhampiran dengan Central Market. Kawasan ni semua zaman dulu2 memang sinonim dengan taukey Yap Ah Loy. Setahu aku, Yap Ah Loy pun ada kedai kat sini. Dia jual tepung. Serius, aku x tipu. Itu semua dalam sejarah pembukaan Petaling Street. Cuba hangpa cari, kalau aku betul, belanje aku cendol. Kalau aku salah, itu tak mungkin. So, siap2 la belanje aku cendol.

Nak p Petaling Street paling senang naik la LRT. Stesen paling dekat adalah LRT Pasar Seni dan Monorail Maharajalela. Kenapa Petaling Street famous? sebab barang2 yang ada kat sini. Segala macam barang ada. Harga kena pandai bargain. Sebab harga diorg letak semua merapu. Asalkan rupa macam mat saleh, siap sedia la kena tipu hidup2.


Signboard Petaling Street dari Jalan Tun H.S Lee

Apek jual tudung. Kat PS je boleh jumpa.

Beg nak brand apa semua ada....

Baju cap apa semua ada....

Sourvenir untuk tourist

Nak bau apa, brand apa, xde hal..semua boleh cover.

haaa...payah aku pantau rayban jauh2, sini berlambak.

Buah pun ada....tapi ni yang ori la.

Ini apam balik paling giant pernah aku tgk.

Kedai bunga pun ada beb.

Apek gubah bunga pun ada...

Tapi ini semua bukan tujuan sebenar aku. Tujuan sebenar aku adalah....

Ini la gerai tau fu fa yang terkenal seantaro KL

Tuu Haaa...aku berkenan mende bulat ni.

Tak paham apa dier tulis, meh aku translate kan, dier cakap, ini tau fu fa, fav Dr M. Sebab aku x pnh dgr gerai ni kena saman, so aku anggap betul la kot, Dr M suka.

Lagi satu yang membuatkan aku bertambah confident air soya ni sedap, lebah pun layan jugak, sama2 beratur sekali.

Cedok air gula

Ini la yang aku paling cari. Air mata kucing! Yang kt Mid Valley tu telah dikomersial kan dr gerai ni la. Ini ori punyer....

So, aku memang enjoy la hari ahad tu. Dapat jugak apa yang aku hajati, cewahh...sebelum aku beradu, satu gambar penutup di hari ahad lalu : -


Anak: Mana penjara Pudu ayah?
Ayah: Najib robohkan
Anak: Owh..baguskan!
(malaun lain tambah) Ayah: Tanah dapat da....
(sebenarnye aku pun x setuju robohkan penjara pudu ni. tapi aku malas nak cerita, nti terlebih radikal plak)

Sekian, Wassalam...Jazzakallahu Khayran....

6 ulasan:

  1. thniah,trcapai hajatmu..bkn mcm kawe,hajat trtunai dlm mmpi je,hatta nk makan brg kue bom sbijik..jrg gi PS yg baru neh,tk best,yg dlu msa pnas kna pns,hujan sama2 bsh,..yg tu gak best,brg nmpak mewah je,berasak2 tkde hal..asal dpt jam casio tk smpai 10 hinggit,cd 4-5 keping,layannn - jinggo@KJWP@etc (akan ditukar oleh pnulis sndri suka suki dia)

    BalasPadam
  2. ahahahha, itu la, dlu feel dier lg best la. la ni, sbb da elok susun, dgn bumbung kat atas, feel da kurang la. hang nak apa sume ada sini beb. cd la payah nak cari, dlu senang. tp ye la mende2 pirate kan, periuk nasi org pun. mu nak makan kuih bom? ke roti bom?

    BalasPadam
  3. kue bom aka paung goreng,inti ikan,yg li bli tuh,peveret,dlu slalu bli kdai ehem2..ganu je ada,kalo duk kl pon mmpi je lah,dtg ganu baru dpt

    BalasPadam
  4. hoo itu kueh bom. saya selalu makan kt kuantan, so kuantan pun ada..kah3. tapi mmg sedap...saya sokong!

    BalasPadam
  5. thanks atas infonya..
    saya sekeluarga ambil yg haq sahaja.Tiada yg lain.Dulu kini dan selamanya.

    BalasPadam
  6. thanks atas infonya..
    saya sekeluarga ambil yg haq sahaja.Tiada yg lain.Dulu kini dan selamanya.

    BalasPadam