Khamis, 5 Februari 2015

Jalan Jalan India: Kolkata

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim



Ahh....its been years! Berhabuk! Found this blog after googling homeless images for work. Rindu nak blogging. Cuma sebab fikirkan sekarang ni tengah study, and currently stucked kat literature review for months, with no progress...sigh...susahnya study ni. And today, rasa2 mood macam best sikit, my gemok fingers will be dancing gracefully on my suppose 'PhD thesis only' laptop keyboard to write an entry on our first day in India...Wallllaaaaa...


Us (wan, me and little wan dalam perut)


Hope i can remember this trip well.....(bukan apa, masa trip ni, Syafi dalam perut lagi, 5 weeks, sekarang dah 6 bulan....huhu).

29th October 2013

Arrived Kolkata, around 9.30pm. 

Disebabkan sampai2 pun dah malam, and, kami tiada tempat dan perancangan untuk bermalam di Kolkata, airport lah tempat tidur kami. Meet up dengan sorang lagi kawan, and spent the night at the airport. Early morning, after subuh, kami gerak mencari teksi untuk ke railway station ------> membeli tiket keretapi untuk journey kami selama di India. 

30th October 2013

The famous Yellow Cab, only in Kolkata, legend teksi ni. About Rs 275 untuk ke railway station. Ni kira bukan teksi sapu la, sebab kena beli dari kaunter yang ada depan airport. Harus ingat yer, di India ni kena careful lagi-lagi bab harga ni, banyak penipuan boleh dan telah berlaku. Huhuhu.....

Dari Netaji Subhas Chandra Bose International Airport kami ke Kolkata City mencari halatuju untuk hari-hari seterusnya. Aku dah cuba book tiket keretapi secara online daripada KL lagi, tapi antara aku ni buta IT atau kurang pemahaman atau memang mustahil untuk buat booking online dari Malaysia, tak tahu la. Cubaan itu tetap gagal walau beberapa kali mencuba. Maka, tanpa tahu arah tuju dan nasib kami di India seterusnya, dengan berpandukan buku "Lonely Planet India" kami ke Foreign Tourist Bureau di Fairlie Place untuk beli terus tiket keretapi disitu. Ada beberapa kuota untuk foreign tourist seperti kami. Boleh buat booking terus disitu untuk sepanjang perjalanan kami di India. Seat di kelas ketiga, ada tempat tidur dan perjalanan semua adalah pada waktu malam. Kami beli tiket dari Kolkata ke Darjeeling, Darjeeling ke Kolkata, Kolkata ke Varanasi dan Varanasi ke Agra, lain-lain destinasi, naik Bas Volvo. 

Di Netaji Subhas Chandra Bose Airport, Kolkata, bersiap untuk cari tiket keretapi

Teksi legend, Yellow cab

Pastikan dapat tiket macam ni untuk naik teksi, jangan main cakap2 je, Cekik darah jadi nya

Penat juga la perjalanan sebelum jumpa Fairlie Place tu. Meroyan meraban juga mencari tak tahu hala tuju. Pergi railway station, tak dapat juga beli, pergi railway station yang lain pula, tak dapat juga nak membeli, tanya-tanya orang local, tak faham ler pulak nak communicate. Rupanya, ada banyaaaakkk railway station di Kolkata ni. Tersilap station kena ler naik feri nak menyeberang sungai.


Naik teksi mencari Railway Station




Mandi di mana-mana selagi ada air

Naik feri untuk ke Fairlie Place



Rumah tempat berteduh di sepanjang jalan

Breakfast dulu, chai yang umpphhh....


Makan puree tepi jalan, Umphhhh....

At last, The Fairlie Place, huhuhu.....

Pada aku, Kolkata bukan lah sebuah kota keriangan. Pada aku la, memang tak prefer big cities. Kebanyakan tempat-tempat yang kononnya menarik di Kolkata adalah bangunan-bangunan Colonial zaman jajahan British. Lepas dah settle isu tiket keretapi, kami round juga keliling Kolkata, menghabiskan masa yang berbaki sementara menunggu keretapi malam kami kee Darjeeling.


Mana-mana pun boleh....mandi.

Mana-mana pun boleh...tidur.





Kami sempat ke Nakhoda Masjid yang terletak di Zakariya Street sementara menunggu hari petang. Tiket kami dalam pukul 9.00 pm. Memamng lama menunggu disini, sampai lepas Asar, sebelum Maghrib, kami gerak ke Station Sealdah untuk ke New Jaipalguri, Darjeeling. Tiket ke Darjeeling dari Kolkata untuk kelas Sleeper hanya Rs350 seorang about RM20.




Masjid Nakhoda di Zakariya Street





Sealdah Station, Kolkata

Bersambung Jalan Jalan India: Darjeeling

4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Next time..... Let me know... A local from Kolkata and also a local from putrajaya..... Will help to find many more hidden gem in west Bengal...

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam