Sabtu, 9 Oktober 2010

Jalan Jalan Kuala Terengganu Satu

Paling terbaru aku menjelajah Terengganu, eh silap, Kuala Terengganu. Trip ni da di war2 kan sama geng2 jelajah adelaidean dari bulan Mac lagi, tapi memandangkan kami semua warga profesional yang bekerjaya, macam2 sebab terjadinya delay sehinggakan akak Jinggo dari Adelaide telah sempat pulang ke teratak kampung nya di Small Hill (bukit kecik, almaklum la budak belajar obersi K.Jinggo ni), Kuala Terengganu. Jadi 'ter'realisasi la trip ini dengan ada nya K.Jinggo. Alhamdulillah. Penat tunggu.

Perjalanan bermula dengan diriku bergerak ke Kuantan dengan menaiki bas dan berkumpul di rumah Cik Li di Kuantan. Atas bas elok je bersembang sama pakcik bas, soalan style pakcik2 makcik2 atok2 nenek2, apa lagi kalau x pasal kisah kenapa kau x kawen lagi? :I

Plannye, kami gerak dari Gambang ke Kuantan, pass nasi lemak Zaman ke mak Cik Li, then lalu Beserah (aku benci beserah) ikut jalan pantai ke Cherating naik ke Kemaman, lepak tgk Pantai Kemasek, lalu Kerteh, layan pemandangan abg2 petronas, lalu Paka, Rantau Abang (nak benti tp takot lambat) ke Marang dan terus ke Kuala Terengganu. Total masa perjalanan lebih kurang 3 setengah jam ikut time perempit NCJ.
Lepak2 standby, kacau2 Raiqa, makan2 capati (pergh capati ori beb, chef import punyer), kami bertolak ke Terengganu pada pagi esoknya.


Tu dia, teh lapis dari rumah Cik Li, termasuk Nasi Lemak Zaman (telah direpot sebagai nasi lemak antara yang paling tersedap kat Kuantan, aku kena cakap antara supaya adil dan saksama terhadap pengusaha nasi lemak Kuantan yang lain, terletak dekat celah2 Gambang, arah mana aku x tau) time breakfast sebelum bertolak.

On the way dari Kuantan seharusnya lalu Kemaman. Singgah di Pantai Kemasek. SubhanAllah, canteknya. Sungguh indah. Pernah ku singgah ke sini suatu ketika dulu, tapi waktu malam. cantek juga, cuma kelam le gambarnya.


Dalam perjalanan ke Kemaman, lalu kawasan perindustrian, nampak tu lori berapa tan x tau la, depan sekali tu yang ujung yer, bukan yg biru ni, lagi besar dr bas. ok, aku memang jakun. Pantai Kemasek terletak 10 minit (lebih kurang..) dari pekan Kijal.


Pantai Kemasek adalah sebuah lagoon elok la untuk tempat2 parking bot oleh nelayan2. Berdekatan dengan Awana Kijal. Pasir dan air pantai sgt bersih, berkemungkinan kerana pantai ni menghadap Laut Cina Selatan. Banyak opportunity untuk amik gambar cantek2 tapi almaklumla, kami kesuntukan masa. Tapi yang paling menarik di Pantai Kemasek ni adalah rock formation yang besar2. Pasir penuh dengan ikan2 mati, aku tangkap sorang nelayan (aku tangkap...) tersengih2 dok buang ikan yang terlekat kt jala. heh. Kalau Ewan si vegetarian tgk ni mau dier murung. Kalau aku yang tgk, aku rasa rugi, goreng pun sedap kot.
...sambung Jalan Jalan Terengganu Dua

2 ulasan:

  1. hahahaha..fakta tepat,rengkas dn padat...waiting for part 2-jinggo (tk psl2 trpksa ngaku,huh)

    BalasPadam
  2. ahahahah, yerh...jinggo da muncul. nti sesi jelajah adelaide puler menanti....

    BalasPadam