Sabtu, 16 Oktober 2010

Jalan Jalan Umrah Dua

....sambungan dari jalan jalan umrah satu.

Esoknya, kami pergi ziarah keliling madinah. Zaman dulu2 nama Madinah adalah Yathrib. Kalau belajar sirah Rasul, ada sebut Yathrib ni. Madinah juga adalah tanah haram seperti Mekah. Tapi kawasan perimeter nya x la sebesar Tanah Mekah. Kawasan haram di Madinah iaitu kawasan yang hanya Muslim boleh masuk adalah kawasan bandar sahaja. Nak kata tanah haram ni, ada pak gad jaga dan cek sumer identiti dan agama kita pun x juga. Tapi, memang kawasan haram ni, x boleh non muslim masuk. Malaikat jaga sekeliling. Banyak juga cerita aku dengar pada apa yang terjadi pada mereka yang cuba masuk, Wallahua'lam.

Jadual Ziarah kami bermula pagi dan berlakulah lawatan ke masjid tertua di Madinah iaitu masjid Quba. Tapi masjid Quba yang ada sekarang ni bukan la structure yang original. Masjid yang lama tu telah dirobohkan semasa terbinanya masjid baru ni. So, xde da la masjid tertua tu sebenarnye. Ada yang cakap kalau solat di masjid ni akan dapat pahala umrah. Aku x tau la sahih ke x. Tapi dosa pahala ni Allah yang tentukan, Wallahua'lam.

Masjid Quba, Madinah

Exterior, sori la, gmbr2 aku ni bukan nmpk keseluruhan, artistik la kunun.

Entrance kawasan muslimah.


Kemudian, kami teruskan perjalanan ke Masjid Qiblatain. Masjid ni special sket. Sebabnya, ia juga dikenali sebagai masjid dua kiblat. Telah diketahui bahawa ketika solat, sy x igt ustaz tuh cakap solat apa, mayb solat zohor cenggitu la, Rasulullah dapat wahyu untuk menghadap kiblat yang baru iaitu kaabah. Asalnya kiblat menghala ke Baitulmaqdis. Ini diterangkan dalam surah Al-Baqarah, ayat 144:-

"Kami melihat wajahmu (Muhammad) sering menghadap ke langit. Maka akan Kami palingkan engkau ke kiblat yang engkau senangi. Maka hadapkanlah wajah mu ke arah itu. Dan sesungguhnya orang2 yang diberi kitab (Taurat dan Injil) tahu, bahawa (pemindahan kiblat) itu adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Dan Allah tidak lengah terhadap apa yang mereka kerjakan."

Tafsir ayat di atas menerangkan masa time solat tu, Rasulullah SAW membolak balikkan wajahnye ke langit sbb mengharapkan turunnya wahyu atas permasalahan kiblat ini. Sebabnya, telah timbul masalah dimana para yahudi dan nasrani mengklaim kan Baitulmaqdis ni diorg punyer. Rasulullah SAW telah berdoa pada Allah SWT untuk berikan penyelesaian pada masalah ini. Maka Allah turunkan wahyu ini supaya kiblat ditukarkan ke arah kaabah. Dengan itu, dapat lah nama Al-Qiblatain Mosque.

Aku amik gmbr ni drpd dalam bas. so composition x brapa nak best

Ye aku tau, gmbr ni terlebih artistik, x semua ble appreciate.


Kemudian, kami menyinggah ke Pasar Kurma. Ramai yang mengirim aku kurma la, kacang la, ubat mandul la (...ini mmg kasik saham aku jatuh tol...kirim smpi dua kotak lak tu).

kurma...kurmaaa...orang indonesia yang jual ni

coklat...coklatttt.....


Lepas shopping mopping, angkut plastik naik bas, kami ke Bukit Uhud. Perang Uhud antara perang berdarah dalam sejarah Islam. Kemenangan Islam dalam perang Badar mencatatkan kehebatan para penjihad Islam. Perang Uhud merupakan perang yang memberikan pengajaran yang hebat, iaitu, org tamak biasala, selalu rugi. Pihak Islam hampir mendapat kemenangan terhadap kaum musyrikin Mekah. Ketika sedang syiok celebrate kemenangan, terleka sekejap, pihak lawan da pasang strategi untuk ambush dari belakang. Ramai penjihad Islam yang hebat2 meninggal dalam perang Uhud ni. Rasulullah SAW juga turut cedera. Antara panglima Islam yang terkorban adalah Hamzah b Abdul Mutalib yang dibunuh oleh Wahsyi iaitu orang suruhan Hindun. Ni kisah mmg aku rasa sedih la. Sebabnya Hindun ni dendam sebenarnye atas kematian Abu Sufyan suaminya. Lepas dibunuh Wahsyi, dada Hamzah ditoreh dan hatinya dimakan Hindun.


Itu bukit memanah perang Uhud



Rasanya diorg drpd Iran, berdoa untuk pahlawan Islam yang meninggal masa perang Uhud



Klasik kan pakcik ni. Dia nak amik gmbr aku, last2 aku yang amik gmbr dier

Banyak juga tpt2 jualan kt sini, ala2 pasar. Maklum la tourist attraction.

Kami spend lebih kurang 4 hari juga kat Madinah ni. Memang ulang alik p masjid, kejar nak masuk Ar-Rawdah. Dapat juga la beberapa kali, tp kena rempuh dengan mak arab. Sabo je la.


Kat luar masjid Nabawi mmg banyak jual2 mcm ni, campak2 je. Aku suka betul tudung2 lima riyal ni.

Bin Dawood.....tu je la supermarket yang ada dkt dgn masjid

Kain2 lapik meja segala mcm ni byk la jual kt sini, makcik2 lip lap la mata tgk. Aku tgk harga tu pun x kuasa aku nak layan.

Baik aku layan dier ni.

Hotel2 depan masjid

Celahan bangunan nak balik ke hotel penginapan

Ni la hotel kami, Wasel Alreem

Pandangan bandar Madinah

.....bersambung Jalan Jalan Umrah Tiga


2 ulasan: