Selasa, 12 Oktober 2010

Jalan Jalan Adelaide: Morialta Park

Asslamua'laikum,

Kali ni aku cerita kisah penjelajahan geng jelajah adelaidean ke Morialta Park. Morialta Park ni letaknye lebih kurang 10km arah Utara Timur Adelaide, South Australia. Kawasan Park ni meliputi 5.33 km persegi. Besar tu beb. Kami larat sampai First Fall je. Tu pun da cukup mengagumkan. Di Morialta Park ni ada 3 air terjun. Makin lama makin tinggi la. Tapi kena menapak lagi dalam la. Banyak aktiviti ble layan kat sini termasuk rock climbing. Aku x de geng nak climb so aku tgk je org lain climb (tp bukan berani pun). Kami hanya bush walking sahaja. Bush walking ni aktiviti mat saleh. Style merayap lalu semak samun la. Balik KL kira keje merayap dalam semak samun ni  x de nye nak buat da.


South Australia ni tak macam lain2 part of Australia. Macam style2 canggeh manggeh cun melecun tak lalu punye nak duduk S.A ni. Orang2 yang kental jiwa raga je berani duduk S.A ni. He He He. Kami la tu. :8). Lain kali aku cerita pulak pasal Adelaide sahaja. Ini kali, kita layan Morialta Park dulu.

First kami sampai sini setakat nak hendap2 sikit je. Tengok2 celah mana kami boleh terjah. Jadinya trip yang pertama tak ada la thrill mana pun. Tak gayat pun. Setakat buat pencemaran udara je. Time Raya lak tu. Buat BBQ kt situ. Ala2 piknik sambil posing tak ingat dunia. Tapi cantek la gambar2 yg diambil. Kemungkinan besar sebab photgrapher tu pun cantek (perasan, padahal tempat tu memang cantek).

Steak BBQ resepi dapur Western Parade, halal ye, angkut dari kedai runcit Afghan

Hasil piknik warga Western Paraders, beraya dalam hutan. Setiap sorang menyumbang tenaga. Tak tahan ada pulak Twisties tu. Tahniah Western Paraders. Antara memori yang indah. Sewa kereta cabuk.

Ini antara gambar fav aku. Yang depan takot2 je nak posing. Yang belakang tu memang heroin la.

Gambar ni pun aku suka. Walaupun lens aku hanya la lens cikai je.

Yang tengah tu ketua jabatan

Tak tahan tol siap ada yang kasik warning, jangan nakal2.

Ini je la model aku. Tak de lain. Sekian.

Trip kedua kami adalah pada tarikh 20 Disember 2009. 9 hari sebelum aku berangkat pulang dan 6 hari sebelum Cik Iena pulang ke Malaysia. Kira antara detik bersejarah la ni. Saat akhir pemergian dan upacara banjir membanjir. He He He.


Kami naik bas er..bas no brapa eh? lupa sudah. Tapi tunggu je la depan Harris Scarfe tu. 864 kot. Bas ke arah Mount Barker. Nama je Mount, x bergunung pun. Stop pun ada no jugak, tapi da dekat setahun da lamanye, aku pun lupa. Maklum la robot karat. Tapi yang aku tau entrance Morialta Park ni adalah melalui Stradbroke Roads. Kalau naik kereta lalu ikut Jalan Norton Summit Road.
Tulisan style Avante-Garde beb. Antik ni. Dia tulis M-O-R-I-A-L-T-A

Entrance nak masuk Morialta Park. Park ni adalah sebahagian daripada Mount Lofty Range. Jangan risau nama je gunung Bukit Tabur belakang rumah aku tinggi lagi. Tapi nak manjat ni pancit jugak aku.

Sebenarnya aku nak amik gambar time kol bape dier bukak, tapi salah focus, aku bgtau je la, pukul 8 pagi.

Kali ni kitorg da tak ada misi BBQ. Bawak bekal sahaja. Tapi last2 lapo balik. Aku ingat lagi time ni. Ada yang bawak bekal roti. Aku tolong perabis je. Air bekal orang pun aku tolong perabis kan. Terima kasih la sapa2 yang berjasa tu. Aku syak Cik Iena yang masak2 tu. Dia rajin bab2 tidak kebuluran ni.

Mula2 jalan masih landai ye. Relax2 lagi. Boleh main sakat2 burung lagi. Jalan kaki sepanjang perjalanan ikut arah sungai. Sungai cetek je. Batu kecik2. Boleh eksen lagi setakat nak main lompat tali getah zaman kecik2 tu, tak de hal. Perjalanan pergi balik untuk ke First Fall ni dalam 4km. 4km je....., kalau maintain macam lebuhraya Mahameru aku lari itik pun boleh, tapi ni naik turun naik turun bukit segala. Kencang. Papan tanda kata dalam sejam lebih je ulang alik. tapi kitorg amik dkat berapa jam ntah, aku pun lupa, tapi lama la jugak. Menikmati kejadian Allah yang indah.

Sungai besar tu je bang. Boleh main skipping tali getah kan? kan? kan? Tapi ada yang takut tu ha, tapi x pe, dier bawak banyak roti, kami paham.

Antara pemandangan di sepanjang perjalanan

Jalan sket lagi, kami start memanjat naik ke Kookaburra Rock Lookout. Ada yang berpendapat lookout point ni macam tempat orang zaman purba sembahyang. Kami panjat naik ikut trail yang ada, ke arah Giant Cave. Tapi sampai ke petang tak jumpa2 Giant Cave tu. Cave cenonet je yang kami jumpa. Cita2 mesti tinggi.

Tangga naik ke Kookaburra Rock Lookout.

Pemandangan dari Kookaburra Rock Lookout. Jeling mat saleh nak naik. Eksen la pasal da sampai atas.

Ketua Jabatan sedang posing. Terror kan aku, style paparazi. Skodeng dari celah pokok.

Bouldering pun best ni (cakap mcm reti, baru dyno rendah2 da tumbang)

Pemandangan Adelaide City dari atas bukit

Masa aku p sini tengah summer. Memang panas kering. Kebakaran tu biasa la. Abang bomba memang sangat sibuk musim ni. Tapi abang bomba sana memang hot.

Disebabkan kami rasa kami terror dan suka kan alam sekitar kejadian Allah, kami bersetuju untuk panjat naik ke First Fall Plateau. Maknanye tengak stream First Fall dari atas. Pergh~ sikit punya mahsyuk.
Cantek kan kasut saya.

Trail ke Giant Cave

Fall kecik2 ikut celah2 batu

Trail ke Giant Cave

Part yang paling best adalah bila mana kami sampai ke lookout First Fall yang pertama. Lookout dari atas. Lambai2 mat saleh kt bawah. Mat saleh pun kagum tengok kami (kami yang kagum camne depa ble jumpa jalan kt bawah tu).

Itu adalah jambatan di First Fall. Tapi kami berada di atas puncak Fall itu

Aku suka gambar ni. First Fall dari atas. Kecik je, xde la deras mana pun. Nama pun First Fall, belum lagi Second Fall, Third Fall.

Posing style gayat. Cantek kan kasut saya.

Posing amik gambar sendiri. Cantek kan kasut saya.


Sudah habis posing2 atas ni, kami decide untuk turun, tengok itu First Fall dari bawah. Start dari tempat ni, jalan da mencuram turun. Tak de da naik2. Ketahanan kasut cantek ku mulai terungkai. Tak tahan lasak pun. Style je lebih. Rocker kan....

Itu la die, First Fall yang dicanang2 kan. Tak brapa nak fall sebab masa ni musim summer. Air sipi2 je nak turun.

Dalam ni ada cicak terbang. Idea cicak man mayb asal dari cicak terbang ni.

Aku yakin air terjun banyak time musim bukan summer. Sebab trail air tu macam mewah je. Berhakis2.

Selepas makan roti, nugget, tibai air orang berteguk2. Kami decide untuk pulang. Ini baru First Fall. Mungkin akan ada lagi trip aku kesana, sekiranya ada rezeki, InsyaAllah. Gambar penutup :-


First Fall aerial view. Credit to Ketua Jabatan Western Parade.

Wassalaam. Jazzakallahu Khairan. 




5 ulasan:

  1. okeh2..lulus lg..citer smua nmpak cm btol,kronologi ok,nnti edit masok jurnal edelet-KJWP
    hehe mu ingat lg eh mat2 saleh lmbai dri bwh tu,gmbo 2 bdak degil seberang 1st fall ngn pnjat tebing fall tu tkde ke..

    BalasPadam
  2. PERGHHHHH HEBAT MUNG,thx for sharing..ala2 back to d past la..xblh blah nama ku asyik sinonim dgn makanan haishhhh:p

    BalasPadam
  3. hahaha..more to come. tp sy mulakan dr penjelajahan yang sebelum kita balik dlu. sementara maseh igt. hehehe.

    BalasPadam
  4. hahahha..sinonim ngn makanan,mcm knal je tnpa nama no2 tuh-KJ

    BalasPadam