Sabtu, 12 Mac 2011

Jalan Jalan Bukit Kutu

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim,


Bukit Kutu, Kuala Kubu Baru. Ini rombongan kami juin Uncle Syam yang kami jumpa masa hike Bukit Tabur. Ingat kan geng2 kecik je, sekali berpuluh2 rupanye yang p naik sesama. Geng2 Puncak Niaga dan Syabas. Abang2, adik2, akak2, pakcik2 semua cukup. Makcik2 je tak ada. Geng makcik kitorg jumpa hanya ketika panjat Gunung Datuk. Makcik2 hot.

Awal pagi kami gerak terus ke North-South Highway, janji jumpa di tol Rawang pukul 6 pagi. Berhenti solat Subuh dan teruskan perjalanan ke Kuala Kubu Bharu, ikut jalan menghala ke Kuala Lipis, perhatikan signboard, masuk ke Kampung Pertak. Di Kampung Pertak, anda akan nampak rumah2 orang asli Temuan. Jalan ke start point Bukit Kutu tak berapa nak elok, 4WD je larat lalu, oh~ dan juga honda cup.

Bukit Kutu berketinggian 1100m. Ada juga yang panggil Gunung Kutu, sebab tingginya tidaklah seperti bukit. Antara trip yang agak mencabar. Sebabnya, gradient dier memang slope je memanjang. Tak ada platform. Setiap bukit dan gunung yang kami redah, scenery, keadaan dan cerita sangat la berbeza. Tak ada yang mempunyai karektor yang sama. Untuk Bukit Kutu, yang paling sinonim adalah daripada kisah sejarahnya. Asalnya, sini adalah tempat lepak orang2 British, sebelum diorg dapat tahu Fraser Hill lebih best. Malah, nama Bukit Kutu ni dulu adalah Treacher's Hill. Di sini juga terbinalah rumah yang mungkin adalah pejabat, sebijik telaga yang maseh boleh digunakan, kubu dan laluan keretapi. Tapi semuanya sudah tinggal 'ruins' sebab kena attack dengan kapal terbang Jepun. Betul ke tak, saya pun kurang pasti.

Ini la 4WD kami,....puncak niaga punyer. Merasa la naik lori macam sardin.

Akak2 dan abang2 lepas jadi sardin bersama2 kami.

Sampai je kami berkumpul, dgr ucapan ketua rombongan, buat senaman ringan dan meneruskan misi. Permulaan perjalanan ok lagi, rentas sungai yang paling syiok. Basah kasut pun...basah la..janji dapat main air. Kami menyebarang dua sungai, sungai yang pertama ada jambatan, tapi tak ada pun xpe kot...sebab jambatan tu macam ini.....
...balancing kena baik yer.

Sebenarnye tak ada la senget mana pun, tapi senget la juge. Tapi steady je akak2 tu jalan. Pada aku, route di Bukit Kutu ni sangat confusing. Banyak sangat jalan2 bercabang. Kena betul2 perhatikan macam tak banyak semak dan dgn yakin merempuh. Lagi satu cabaran adalah....PACAT!!!!!!

Jalan tutup, ini yang confuse ni, adakah masih di landasan yang benar?

Jalan berlecak penuh pacat...auwwww...

Selepas merentas sungai kedua, buat penat je bukak kasut...kan da kena pakai balik.

Banyak jalan yang bercabang, sebab jalan2 ini pun macam masih lagi digunakan, tapi nasib kami baik, masa tu banyak lagi tanda2 yang masih baru seperti tali yang diikat di pokok sebagai penanda jalan. After few river crossings, plus a very small one, lompat2 pun boleh, kami mendaki naik.

Dakian melepasi akar2 pokok.



Mushroom?....

Aku suka gambar ni, macam pengembara jalanan.

Banyak pokok2 buluh dan rotan dalam hutan ni, dan banyak juga pokok2 ni yang dah melentok2.

Lepas dua jam hike, tibalah kami di kawasan batu2 yang amat lah besar, Batu Tedung. Kenapa nama dier batu tedung? sebab kalau anda berdiri kat tengah2 batu2 ni, dan lihat ke atas...nampak mcm kepala ular tedung. hmmmmm...aku agak je la. :)



Batu Tedung

Lepas dalam 20 minit berehat, makan mamee kering dan menunggu ahli2 rombongan yang lain, kami gerak semula. Mengikut informasi mereka yang pakar, Batu Tedung ni baru la separuh perjalanan. Untuk sampai ke summit, biasanya akan amik masa 4 jam. Heh? penat2.

yeayy...mushroom lagi, keh3...ini la fungus pokok, biasa nampak kalau masuk hutan2 di Malaysia.

Lepas sejam lebih memanjat dengan penuh mengharap supaya sampai ke puncak, akhir nya aku boleh tersengih penat. Di puncak, ada sebuah chimney.....tapi ini bukanlah puncak yang sebenar. Lepas lepak dalam 10 minit, kami panjat lagi untuk ke puncak paling tinggi. Celah2 batu.

Chimney rumah British, hanya tinggal chimney dan tangga.
 Lain2? mungkin betul da kena bom. hehe.

Signage Bukit Kutu.

On the way ke puncak tertinggi...min and the gang posing dlu....

Tangga ni aku takut sket, kot dibuatnye patah cemana? pakai buluh je tu.
Pandangan ke bawah oleh orang yang telah sampai ke puncak sebenar...yippiee!!!!

View Bukit Kutu

Selangor Dam

Tak tau apa motif pacakan botol ini....

 Lepas dah habis kagum2 dengan pemandangan di atas, kami turun ke tempat berkumpul untuk berehat, makan2, minum...di rumah British.

Telaga air yang masih boleh digunakan. Disini lah kami cedok...sejukkkk....

Chimney yang masih ada rupa seperti chimney dan fireplace.

Lepas lepak2 dengan bro2 Syabas, kami panjat dan turun lagi, ahaha, aku tak tau macam mana mau explain., tapi satu jalan dengan arah ke puncak, pusing kanan, lalu semak sket, untuk ke kubu British. Malangnya...tiada meriam. Yang nyata, aku nampak ada tangki air besi kat situ..haa...besi okeyh...yang masih lagi ada rupa seperti tangki air,....aku pun tak berapa faham kenapa aku kagum dengan tangki tu. 

hah...untuk ventilation. apakah ada aras bawah tanah? penjara? jeng3.

Bro Syabas belanja air kopi tongkat ali, erkh? kenapa la mesti tongkat ali, bawak la air milo ke..(demand aku ni). Oh, itu bukan tangan aku, tangan aku lebih ayu.


Lepas berehat lebih kurang sejam setengah, kami start turun semula. Seingat aku, masa ni, ada beberapa orang yang tak sampai ke atas, pancit di tengah jalan. Aku juga hampir pancit dan....aku telah sesat seorang diri di tengah2 hutan akibat terikut jalan lain, dan orang2 yang berhampiranku semua telah kedepan. So, antara lesson yang aku belajar, janganlah pi hike sorang2 okeyh.

Perjalanan naik dan turun keseluruhannya mengambil masa 6 hingga 7 jam. Kiraan pacat yang telah menyelinap pula, tak sanggup aku nak kira. Sampai sahaja ke bawah, sambil tunggu lori sampai, terjun sungai dulu. Mungkin lain kali, boleh arrange trip untuk ke Chilling Waterfalls puler.

Gambar penutup;

Min and the gang di puncak Bukit Kutu. Tak berapa nampak puncak kan? Aku ketar nak berdiri sebenarnye...hahah.

Wassalaam,
Jazzakallahu Khayran.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan