Ahad, 10 Oktober 2010

Jalan Jalan Kuala Terengganu Dua

....sambungan Jalan Jalan Kuala Terengganu Satu

Antara bot nelayan yang ada. Pakcik ni saje je lalu depan kami, nk interframe la tuh.
Pakcik nelayan dengan cobaan membuang ikan yg terlekat kt jala.

Dalam perjalanan ke KT straight kami x singgah mana2 da. Mata je meliar tgk kiri kanan. Destinasi kedua kami adalah Pasar Payang. Pasar Payang terletak di tepi Sungai Terengganu. Ia adalah kombinasi 'wet market' dan juga 'shopping arcade'. Ada segala macam mende dijual di sini, batik, tembaga, songket termasuk la juger, keropok segala macam, dodol, buah-buahan, sayur dan ikan.


Di Pasar Payang ni mmg byk kisah. shopping mopping segala, duit habis. Siap ada yang jd banker siap. Pinjam meminjam antara geng jelajah adelaidean nih. Last2 tinggal la brapa kupang setiap sorg buat belanje tiket parking. Nak nangis da pikir mana nk korek duit ni? Alhamdulillah, Allah x pernah bg kita susah. Ada je rezeki walau di celah2 poket. Kumpul2 cukup 3 ringgit. Semua muka lega. Sengih balik. Tak senonoh.

Dari Pasar Payang perut lapar, so Kak Jinggo selaku duta Kuala Terengganu menjemput khas kami ke rumahnye. Dengan harapan ada makanan free. Alih2 tiada kerana makanan yang dijanjikan adalah untuk waktu malam. Tapi sket punye excited sbb dapat makan kuih raya yang kehebatan dan kelazatannya telah sampai ke persada Adelaide. Harus la kami nak try juge. Biskut merdu. Ada juga kuih tradisional India diimpot khas dari India, memandangkan Kak Jinggo ni x tau la kaler sebenar darah nye.

Tu dia biskut merdu. Tapi aku lg suka panggil biskut mesra. x ke mesra tgk nye. kaler2 lagi.

Hah. Ini kuih lain macam sket. Katju katli nama nyer. Bukan Kajol. Yang bestnye ada silver kt atas dier. Menurut ibunda K.Jinggo ini adalah silver sungguh. Aku berpendapat, elok la kuih ni aku kumpul2 masuk dalam beg. Ble jual buat melabur saham. Aku suka.

Oleh sebab dalam keadaan kelaparan, kami dgn segera bergegas ke gerai laksa berhadapan dengan Jalan Bukit Kecil. Kedai Hidayat namanye (rasanyer la). Bersebelahan kedai laksa ada pula kedai Roti Sukaramai. Dari jauh da harum semerbak baunye. Elok pulak oven roti tu sgt srategic lokasi nye. Di depan muka pintu. Bijak tokey roti.

Bisnes roti yang maju.

Laksam Pak Hidayat

First time makan laksa terengganu. Ini rupanye.

Roti golek

 Lokasi oven yang strategi. Lagi sekali, bijak tokey roti ni.

Roti paung lepas keluar oven. Comel.

Lepas isi perut dan angkut sekeping dua roti paung yang menggoda sanubari, kami singgah pula ke kedai kuih yang amat sinonim dengan nama Kedai Kuih Panji Alam Hebat Sebab Banyak Jenis Kuih Yang Aku Tak Tahu. Kedai ini terletak di persimpangan Jalan Panji Alam, Jalan Sultan Omar Khairiah dan Jalan Pengadang Akar. So, kedai ni boleh dipanggil kedai panji alam, atau kedai sultan omar khairiah atau kedai pengadang akar. Pilih2 mana berkenan.  Pelbagai jenis kuih ada dijual dan kebanyakan kuih aku x tau nama apa. Well, silap aku jugak. Membesar dengan kuih donut je.

Kuih kasidah bunga. heh hebat x, aku tau.

 Satu jenis kuih kasidah juge.

Ala...ini agar2 mak aku biasa buat.

Aku agak ini custard la. Tgk tu kaler2 die...

haaa...ni aku konfem kuih belimbing :)

Lepas habis aktiviti kagum dan tapau, kami bergerak ke Jeti Pulau Duyong. Cari lagi bot2 nelayan. Ramai kanak2 main layang2 kt jeti ni. Tujuan asal adalah untuk mencari pembuat bot nelayan. Nak la tengok mcm mana diorg buat bot. Tapi sbb x reti jalan, sampai la ke jeti ni. Jeti ni juga digunakan pada setiap tahun masa musim Monsoon Cup.

Jeti Pulau Duyong

 Bot2 Nelayan

Bendera Terengganu

Bot Antik

Aku plek apa budak2 ni buat. Main apa timpa2 ni?

Aku sergah dier. Terperanjat. Kesian la pulak.

Habis sergah budak2 main kat jeti, kami gerak pula ke arah airport. Bukan nak berangkat pulang, tapi nak layan celup tepung di Mengabang Telipot. Plek sungguh nama. Aku rasa org ganu kelentong aku ni. Di sini la titik pertemuan pertama kami (cewahhh...) bersama anak kedua K.salina. Sejak pulang dari Adelaide ni la first time dapat berjumpa semula.

Air Kelapa. Layannn...

Udang celop tepong.

Ok, waktu sudah sampai waktu maghrib, kami berlalu pula mencari kedamaian (...pergh~). Tujuan seterusnya, Masjid Kristal. Masjid Kristal terletak di Islamic Heritage Park atau Taman Tamadun Islam yang dibina di atas Pulau Wan Man. Menarik juga TTI ni, kalau ada masa lain kali nak datang lagi. Elok satu hari spend di TTI shj. Aku malas nak komen pasal Masjid Kristal ni. Sbb aku kurang bersetuju sket. Payah betol jadi watak antagonis ni. Suka nak mengomen. Arkitek Cabuk macam ni la.





Masjid Kristal. Bercahaya tu, kejap2 dier tukar kaler. Aku dgr arkitek yg design ini masjid asal nya mat saleh. Sekarang pun maseh lg mat saleh. Cuma die da masuk Islam, Alhamdulillah.

Sebelum pulang ke teratak K.Jinggo di Bukit Kecil, kami round satu kota KT dulu. First stop. Chinatown. Chinatown ni membelakangkan Sungai Terengganu. Sepanjang Sungai ni da dibangunkan jd ala2 esplanade dimana banyak gerai2 jualan. Masa kami datang sini, tgh ada light festival. So ada la kanak2 pegang tanglung merayau2 keliling kawasan tu.





Abaikan mamat tu. Terasa sexy la tu.

 Ada ala2 gondola ok, style venice u...



Sesudah ronda2 ini Chinatown, kami mengaku kalah, keletihan satu hari merayap x henti. Sudah tiba masanya untuk puteri2 beradu. Maka, pulang la kami ke teratak K.Jinggo. Perjalanan kami dijadualkan mengambil masa satu setengah hari untuk mereka yang berasal dari Kuantan iaitu Cik Iena dan Cik Li. Tetapi untuk aku, aku da perabis dua setengah hari. Kira hebat juge, satu hari suntuk round KT saje.

Esoknya, kami berangkat. Breakfast di gerai jiran nasi lemak Addie. (addie ni buah hati seseorg. xle cita kt sini, nti aku kena pelangkung). Alang2 da ada kt KT harus la makang nasi dagang pepagi buta. Nasi lemak diorg pun lain style sket. Nasi Lemak ikan. Kalau bawak amad. mau dier mintak extend dua tiga hari nak pekena nasi lemak 24 jam.

Ni baru la Nasi dagang ori

Ini x ori, ada pulak ayam goreng.

Nasi Lemak Ikan Aya

Habis makan, gosip2 pasal addie, sembang2 dgn mak addie, salam2 mak K.Jinggo. Say Bye2. Maka pulanglah kami ke Kuantan. Dalam perjalanan ke Kuantan, singgah sat beli lemang. Maseh musim raya kan...

Makcik ni memang handal

Babak aneh. Kambing dan kera bersembang.

Itu la penjelajahan pada kali ini. Disebabkan kami semua wanita bekerjaya kecuali akak Jinggo yang maseh belajar. Penjelahan kali ini amat singkat sekali tapi berwawasan. he he he. Sekian untuk kali ini. Gambar penutup :-

Raiqa sedang operate kucing yang aku buat pakai playdoh. Bercita2 tinggi raiqa ni.

Wassalam. JazzakAllahu Khairan.

4 ulasan:

  1. lemang tu tk rayer pon brlmbak je spjg jln...thniah utk rncana kali ni..fakta maseh boleh ditrima,dgn harapan,tkde org ganu bc..kalo tk mapuh aku

    BalasPadam
  2. kah2 xpe, x de sapa tahu kak jinggo yg sebenar. mayb org igt mu sedara mara ringgo star. ye ada lemang? patut nmpk professional. siap tpt bara api class u...

    BalasPadam
  3. hahhahah syabas2..tepat, padat, mampat..ok next trip?????plan!!!!!!!!!!!!!:)

    BalasPadam
  4. next trip kita layan tgk gajah mandi kt jerantut!!!! yeehaaa,....!!

    BalasPadam