Rabu, 13 Oktober 2010

Jalan Jalan Adelaide: Adrossan, Yorke Peninsula

Assalamua'laikum wbt,

Yorke Peninsula. Semenanjung Yorke. Semenanjung Yorke ni letaknya arah barat laut Adelaide. Yorke Peninsula terkenal dengan pantai2nya yang cantik. Ada dua township yang besar kt semenanjung ni, iaitu Adrossan kat bahagian utara dan Yorketown kat bahagian selatan. Masa tu cita2 memang tinggi, nak p hala ke Moonta Bay. Zaman2 aku student dulu, slalu dgr budak2 lain p tangkap ketam atau 'mengetam' kat Moonta Bay. Moonta Bay ni salah satu destinasi di Yorke Peninsula ni lebih kurang 165km dari Adelaide.

Peta Yorke Peninsula.

Penjelajahan ni xde la dikira penjelajahan sangat, semua main terjah je. Book kereta sewa pun last minute. Kereta cabuk je, cd player pun x de. Tapi xpe. Kitorg sedar kemampuan kitorg yang bersuara merdu. Sepanjang jalan tu nyanyi la lagu2 rock jiwang yang kitorg tahu. Satu contoh: Gersang- suratan takdir, sampai New Zealand pun ini lagu masih menjadi lagu tema.

Disebabkan ini trip yang x berapa nak plan punye, kitorg sebut je nak p Yorke Peninsula, sampai celah mana Yorke Peninsula masa tu maseh samar2 lagi. Yang kami mampu sampai hanya la, Adrossan sahaja. keh keh keh. Macam biasa, cita2 mesti tinggi.

Adrossan. Pekan kecik di bahagian timur Yorke Peninsula. Yorke Peninsula ni rata2 mmg kawasan agriculture dan Adrossan ni terkenal dengan tanaman gandum. Elok la akak jinggo pembuat kari terhebat adalah juga pengkaji gandum yang baru berkenalan dengan gandum beberapa bulan sahaja sebelum trip ini berlaku. Dulu2, kawasan ni mmg tpt eksport gandum, dan dengan itu juga la sebabnya township ni wujud. Dan jetty yang ada juga da cukup antik. Elok pulak kat sebelah jeti tu ada kilang gandum.

Perjalanan ni mengambil masa dekat 2 jam juga, walaupun jauhnya hanyer la lebih kurang 150km sahaja dari Adelaide. Sebab? sebab....kat australia ni, bukannye ble bawak laju2, hang maintain jela bawak 60km/j. Penat woo...kaki nak jaga pedal tu. Nak makan sambil drive pun boleh kena saman. Celah mana depa letak camera x tau la. Bukan ada pokok tinggi2 pun. Ladang gandum je merata (padahal banyak menyinggah tuh pasal amik masa lama).

Local pun selalu datang kat Adrossan ni. Biasanya untuk memancing dan mengetam. Ada juga aktiviti menyelam. Sebabnya kat sini ada shipwreck zaman2 titanic dlu. Tapi ni kapal pedagang la, x le secantek titanic tu. Tapi kalo aku ada lesen scuba diving, nak juga aku join mende2 gini.

Model2 ku sekalian di depan signage Yorke Peninsula sebagai bukti

Pantai Adrossan

Aku suka batang2 besi ni, apa motif eh?

Pantai Adrossan, merah batu2 tu. Aku x tau la jenis apa batu2 ni.

Jeti Adrossan, ramai org lepak memancing dan mengetam kat jeti ni

Tukang kari terhebat Malaya posing baik punye

Aku rasa cantek batu2 ni.

Proses nak panjat ni bukan senang, banyak tolak menolak, himpit menghimpit telah berlaku

Aku suka gambar ni....

Gambar ni pun...

Model terulung....

Haa....memang cantek, wa cakap lu. Atau aku je yang appreciate mende2 gini? ahahah

Itu dier kesemua model2 ku sedang berbaris

...bersama batang besi yang aku rasa cantek td. Aku suka model2 ni, sgt patuh dengan arahan. bagus!

Konon2 kagum


Sebelah bukit sana, ada kilang gandum, aku cuba untuk menyembunyikan wajah kilang itu dengan mengambil angle gini. Kunun bijak la tu.

Ini antara kilang mining masa on d way nak p Adrossan

Aku x tau apa purpose mende ni. Tapi aku rasa menarik. Aku je la rasa...

Kawasan mining kt tgh2 tu. Ada lurah yang amat besar style gunung berapi.

Kesimpulannya, Adrossan ni memang la kecik, walau asalnye kitorg nak p sampai ke Moonta Bay, tapi last2 posing2 di Adrossan sahaja, aku tetap rasa puas sebabnya, pemandangan yang ada kat Adrossan ni, memang aku x pernah tengok seumur hidup aku. Sesuatu yang baru. So, apa2 pun satu pengalaman dan sebagai manusia yang amat suka amik gambar, aku suka la kaler2 merah batu tu. Boleh aku buat tambah koleksi. Sebelum aku mengundurkan diri, gambar penutup yang aku jumpa masa nak balik ke Adelaide:-

UFO di tengah ladang gandum. Hip Hip Hooreyh!

Wassalam, Jazzakallahu Khayran, moga kita semua diberkatiNya, InsyaAllah. 

3 ulasan:

  1. alacelemek..sori beb,smlm tk online,tp ok je kan..bknnye kawe mmbntu sgt pong..smua ok je tuh,pmbtulan,bkn gersang..suratan takdir,hehe..pstu nk balek tu ada giant lipas gak kan,n tkleh blah,pekan dia mcm pekan mati,org kdg2 je mncul,ala2 citer i'm legend..pstu bli fish n chip, mkn kat wakaf sbb kna halau dek tokey restoran,ces..tp yg best dpt bli oyster lelong,huhu..bkr ngn cheese,dap2-jinggo

    BalasPadam
  2. eh eh eh, suratan takdir tu lagu gersang la kak.haaa..ada eh makan chips? camne sy leh luper? ahahahah, tp beli oyster tu mmg syiok r. patut amek gambar juger tu.

    BalasPadam
  3. hahahaha..time lalok kot kawe tlis tuh,ingt mu tulis maseh aku trasa yg satu lg,bongek tol aku..ada ah,yg kita gi survey 2 kdai,tgk yg mna best,pstu kawe bli eskrem lime kaler puteh,dap2,slurpppp..ada ke gmbor oyster?

    BalasPadam