Sabtu, 16 Oktober 2010

Jalan Jalan Umrah Dua

....sambungan dari jalan jalan umrah satu.

Esoknya, kami pergi ziarah keliling madinah. Zaman dulu2 nama Madinah adalah Yathrib. Kalau belajar sirah Rasul, ada sebut Yathrib ni. Madinah juga adalah tanah haram seperti Mekah. Tapi kawasan perimeter nya x la sebesar Tanah Mekah. Kawasan haram di Madinah iaitu kawasan yang hanya Muslim boleh masuk adalah kawasan bandar sahaja. Nak kata tanah haram ni, ada pak gad jaga dan cek sumer identiti dan agama kita pun x juga. Tapi, memang kawasan haram ni, x boleh non muslim masuk. Malaikat jaga sekeliling. Banyak juga cerita aku dengar pada apa yang terjadi pada mereka yang cuba masuk, Wallahua'lam.

Jadual Ziarah kami bermula pagi dan berlakulah lawatan ke masjid tertua di Madinah iaitu masjid Quba. Tapi masjid Quba yang ada sekarang ni bukan la structure yang original. Masjid yang lama tu telah dirobohkan semasa terbinanya masjid baru ni. So, xde da la masjid tertua tu sebenarnye. Ada yang cakap kalau solat di masjid ni akan dapat pahala umrah. Aku x tau la sahih ke x. Tapi dosa pahala ni Allah yang tentukan, Wallahua'lam.

Masjid Quba, Madinah

Exterior, sori la, gmbr2 aku ni bukan nmpk keseluruhan, artistik la kunun.

Entrance kawasan muslimah.


Kemudian, kami teruskan perjalanan ke Masjid Qiblatain. Masjid ni special sket. Sebabnya, ia juga dikenali sebagai masjid dua kiblat. Telah diketahui bahawa ketika solat, sy x igt ustaz tuh cakap solat apa, mayb solat zohor cenggitu la, Rasulullah dapat wahyu untuk menghadap kiblat yang baru iaitu kaabah. Asalnya kiblat menghala ke Baitulmaqdis. Ini diterangkan dalam surah Al-Baqarah, ayat 144:-

"Kami melihat wajahmu (Muhammad) sering menghadap ke langit. Maka akan Kami palingkan engkau ke kiblat yang engkau senangi. Maka hadapkanlah wajah mu ke arah itu. Dan sesungguhnya orang2 yang diberi kitab (Taurat dan Injil) tahu, bahawa (pemindahan kiblat) itu adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Dan Allah tidak lengah terhadap apa yang mereka kerjakan."

Tafsir ayat di atas menerangkan masa time solat tu, Rasulullah SAW membolak balikkan wajahnye ke langit sbb mengharapkan turunnya wahyu atas permasalahan kiblat ini. Sebabnya, telah timbul masalah dimana para yahudi dan nasrani mengklaim kan Baitulmaqdis ni diorg punyer. Rasulullah SAW telah berdoa pada Allah SWT untuk berikan penyelesaian pada masalah ini. Maka Allah turunkan wahyu ini supaya kiblat ditukarkan ke arah kaabah. Dengan itu, dapat lah nama Al-Qiblatain Mosque.

Aku amik gmbr ni drpd dalam bas. so composition x brapa nak best

Ye aku tau, gmbr ni terlebih artistik, x semua ble appreciate.


Kemudian, kami menyinggah ke Pasar Kurma. Ramai yang mengirim aku kurma la, kacang la, ubat mandul la (...ini mmg kasik saham aku jatuh tol...kirim smpi dua kotak lak tu).

kurma...kurmaaa...orang indonesia yang jual ni

coklat...coklatttt.....


Lepas shopping mopping, angkut plastik naik bas, kami ke Bukit Uhud. Perang Uhud antara perang berdarah dalam sejarah Islam. Kemenangan Islam dalam perang Badar mencatatkan kehebatan para penjihad Islam. Perang Uhud merupakan perang yang memberikan pengajaran yang hebat, iaitu, org tamak biasala, selalu rugi. Pihak Islam hampir mendapat kemenangan terhadap kaum musyrikin Mekah. Ketika sedang syiok celebrate kemenangan, terleka sekejap, pihak lawan da pasang strategi untuk ambush dari belakang. Ramai penjihad Islam yang hebat2 meninggal dalam perang Uhud ni. Rasulullah SAW juga turut cedera. Antara panglima Islam yang terkorban adalah Hamzah b Abdul Mutalib yang dibunuh oleh Wahsyi iaitu orang suruhan Hindun. Ni kisah mmg aku rasa sedih la. Sebabnya Hindun ni dendam sebenarnye atas kematian Abu Sufyan suaminya. Lepas dibunuh Wahsyi, dada Hamzah ditoreh dan hatinya dimakan Hindun.


Itu bukit memanah perang Uhud



Rasanya diorg drpd Iran, berdoa untuk pahlawan Islam yang meninggal masa perang Uhud



Klasik kan pakcik ni. Dia nak amik gmbr aku, last2 aku yang amik gmbr dier

Banyak juga tpt2 jualan kt sini, ala2 pasar. Maklum la tourist attraction.

Kami spend lebih kurang 4 hari juga kat Madinah ni. Memang ulang alik p masjid, kejar nak masuk Ar-Rawdah. Dapat juga la beberapa kali, tp kena rempuh dengan mak arab. Sabo je la.


Kat luar masjid Nabawi mmg banyak jual2 mcm ni, campak2 je. Aku suka betul tudung2 lima riyal ni.

Bin Dawood.....tu je la supermarket yang ada dkt dgn masjid

Kain2 lapik meja segala mcm ni byk la jual kt sini, makcik2 lip lap la mata tgk. Aku tgk harga tu pun x kuasa aku nak layan.

Baik aku layan dier ni.

Hotel2 depan masjid

Celahan bangunan nak balik ke hotel penginapan

Ni la hotel kami, Wasel Alreem

Pandangan bandar Madinah

.....bersambung Jalan Jalan Umrah Tiga


Khamis, 14 Oktober 2010

Jalan Jalan Umrah Satu

Assalamu Alaikum Warahmathullahi Wabarakathuh,

Perjalanan ini adalah perjalanan yang paling indah. Kerana perjalanan ini merupakan perjalanan mencari ketenangan hidup yang dah lama hilang dari hidup aku. Sebelum ni aku kehilangan sesuatu yang membuatkan aku rasa sedih yang amat. Memang zaman kejatuhan la kiranya. Dan dari masa itu lah, aku mencari2 cara untuk hilangkan rasa sedih dan kecewa yang hanya Allah je yang tahu. Cinta memang sesuatu yang indah, tapi seindah2 cinta manusia, hanyalah sementara. Tapi aku lupa hakikat yang paling nyata, cinta hakiki Allah SWT. Aku lupa Allah sentiasa ada dengan aku. Macam2 aku buat untuk hilangkan apa yang aku rasa. Seronoknya sekejap je, lepas tu sedih balik. Duduk saja2 pun boleh nangis. Giler. Rugi2.

Sampai ada satu tahap tu, hidup aku makin susah, sebab aku byk sgt bersukaria yang x menghilangkan pun rasa sedih aku. Aku fikir dan fikir dan fikir, mana silap aku? Aku mula solat malam, aku cuba hayati setiap ayat kalamAllah. Sedikit demi sedikit, kesedaran absorb dalam diri aku. Sedikit demi sedikit, hati aku tenang. Rupanya yang hilang itu adalah iman dan takwa. Jiwa aku kosong kerana tiada pengisian. Aku bersyukur, dengan apa yang jadi sebelum aku menjadi diri aku sekarang. Walaupun pilihan aku dulu dimulai dengan istikharah. Sekarang ini baru aku nampak hikmahnya. Allah bagi aku kebahagiaan dan kemudian beri aku kekecewaan, sebab ada pelangi selepas hujan. Kerana Allah mahu aku mencari keredhaanNya untuk menjadi hambaNya yang lebih baik. Syukran ya Allah.

Jadi, aku mula memasang cita2 untuk menunaikan umrah. Masa tu aku x berduit sangat. Aku tanye kawan2 aku siapa yang nak juin ini trip. Ramai yang ingat aku nak p umrah nak doa jodoh. Memang silap sangat tu, trip ini adalah trip mencari keredhaan, mencari ketenangan. Aku kumpul duit. Aku rasakan keajaiban yang hebat. Aku betul2 xde duit. Tapi aku kerja. Aku buat kerja2 sambilan juga. Rezeki tu datang dan aku percaya sebab Allah nak memudahkan hasrat aku ke Baitullah. Selagi ada usaha mesti ada jalan. Aku plan dengan kawan2 aku untuk p umrah tanggal 25 Jun 2010 dan alhamdulillah, elok2 je sebulan sebelum tanggal tu, cukup2 duit aku dapat kumpul iaitu 4200 dalam masa brapa bulan shj. Aku x percaya juga. Rezeki kan. Alhamdulillah.

Aku da bercadang nak p dengan k.eli, dayah and bakya. Risau juga mula2 sebab kami semua perempuan. Baru habis study lak tu (nak cakap muda sebenarnyer..he he he). K.eli yang tolong carikn agensi paling murah yang ada time tu. Memang paling murah la. X dapat da tpt lain harga gitu. RM 4200 sekaligus. Makan tempat tinggal semua cukup. Tapi last2 k.eli x jadi juin. Akhirnya juin pakej yang lain. Yang tinggal hanya aku, dayah dan bakya.

Disebabkan pakej kami yang murah, kami kena naik Bangladesh Air. Dan kena singgah di Bangladesh untuk beberapa jam. Lama juga sebenarnye. Tapi aku sebagai traveller yang tegar. Aku seronok sebenarnyer. Alang2 x payah aku masukkan Dhaka dalam list travel aku da. Kui kui kui. Tapi last2, mayb rezeki kami, Allah nak bagi. Ajaib juga aku rasa ni. Dapat la kami naik MAS direct ke Jeddah tanpa penambahan kos. Alhamdulillah sekali lagi.


Tuh dia...flight MAS..lonjakan ombak!

Masa tengah menunggu nak naik flight

Kami sampai ke Jeddah dalam pukul 8 malam. Bas da siap menunggu untuk bawa kami ke Madinah. Oh yer, nak masuk sini untuk para wanita, kena ada mahram. Mahram kitorg salah seorang pakcik yang dalam group kami. Group kami ada dalam 15 org. Aku rasa orang memang plek la dengan kitorg ni. Sebab nye, budak2 muda, perempuan lak tu. Aku rasa keje macam ni x ramai kot org2 muda buat unless diorg study sana.

Memang sangat penat masa tu, sebab kami sampai ke madinah dalam pukul 3 pagi. Mata pun terbuka separuh jer. Terus check in dan cari katil. Elok jer pukul 4 lebih, azan subuh. Macam zombie gak la masa tu. Tapi semangat berkobar2. Aku siap ada percubaan menyeludup kamera. Maklum la, aku rasa x lengkap diri ini tanpa kamera. Tapi itu la, Madinah dengan Mekah memang tempat mustajab berdoa. Tiap kali nak masuk masjid dengan bawak kamera, aku doa siap2 jangan la mak gad ni jumpa kamera aku walau depa dok raba merata. Alhamdulillah, x pernah kantoi dengan kamera bagak ini. He he he.


Masjid Nabawi pada waktu malam, ni entrance paling dekat dgn hotel kami

Masjid Nabawi

Kawasan Wanita

Pintu ke Masjid Nabawi

Masjid Nabawi ni juga dikenali dengan Masjid Rasulullah SAW. Masjid asal kecik je dan bersebelahan dengan rumah Rasulullah SAW. Sekarang ni masjid Nabawi adalah masjid kedua terbesar di dunia selepas Masjidil Haram. Di tengah2 masjid ni ada makam Nabi kita, Nabi Muhammad. Terletak elok di bawah kubah hijau. Kubah hijau ni, x tau dari zaman bila terbinanya ia. Tapi setahu aku, ia adalah kubah masjid yang asal. Disini juga terletaknya, makan sahabat Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Pahlawan Islam yang sangat hebat.

Didalam Masjid Nabawi ni ada satu kawasan yang sangat istimewa. Ar-Rawdah-An-Nabawiyah. Letaknya di antara tempat mimbar Rasulullah sehingga ke makamnya. Untuk para wanita, tempat ni ditutup. Aku x sure sebab apa, tapi sebab wanita ni emo lebih sket. Dok meratap2, meraung2 kat tepi makan Rasulullah. X kasi can kat org lain nak solat sama. Heh, ni bukan bangsa kita la kan, Alhamdulillah. Orang melayu bersopan santun. Disini doa adalah mustajab, InsyaAllah.

It was narrated from Abu Hurayrah that Muhammad said: “The area between my house and my mimbar is one of the gardens ( riyaad, sing. rawdah) of Paradise, and my minbar is on my cistern (hawd)” Narrated by al-Bukhaari, 1196; Muslim, 1391. Itu lah kawasan Ar-Rawdah.

Bahagian luar Masjid Nabawi, nmpk payung2 tu? aku teringat cerita jeepers creepers.

Masjid Nabawi dr luar

Bila die tutup tu nampak macam sayap jeepers creepers.

Mamat maintenance


...bersambung Jalan Jalan Umrah Dua

Rabu, 13 Oktober 2010

Jalan Jalan Adelaide: Adrossan, Yorke Peninsula

Assalamua'laikum wbt,

Yorke Peninsula. Semenanjung Yorke. Semenanjung Yorke ni letaknya arah barat laut Adelaide. Yorke Peninsula terkenal dengan pantai2nya yang cantik. Ada dua township yang besar kt semenanjung ni, iaitu Adrossan kat bahagian utara dan Yorketown kat bahagian selatan. Masa tu cita2 memang tinggi, nak p hala ke Moonta Bay. Zaman2 aku student dulu, slalu dgr budak2 lain p tangkap ketam atau 'mengetam' kat Moonta Bay. Moonta Bay ni salah satu destinasi di Yorke Peninsula ni lebih kurang 165km dari Adelaide.

Peta Yorke Peninsula.

Penjelajahan ni xde la dikira penjelajahan sangat, semua main terjah je. Book kereta sewa pun last minute. Kereta cabuk je, cd player pun x de. Tapi xpe. Kitorg sedar kemampuan kitorg yang bersuara merdu. Sepanjang jalan tu nyanyi la lagu2 rock jiwang yang kitorg tahu. Satu contoh: Gersang- suratan takdir, sampai New Zealand pun ini lagu masih menjadi lagu tema.

Disebabkan ini trip yang x berapa nak plan punye, kitorg sebut je nak p Yorke Peninsula, sampai celah mana Yorke Peninsula masa tu maseh samar2 lagi. Yang kami mampu sampai hanya la, Adrossan sahaja. keh keh keh. Macam biasa, cita2 mesti tinggi.

Adrossan. Pekan kecik di bahagian timur Yorke Peninsula. Yorke Peninsula ni rata2 mmg kawasan agriculture dan Adrossan ni terkenal dengan tanaman gandum. Elok la akak jinggo pembuat kari terhebat adalah juga pengkaji gandum yang baru berkenalan dengan gandum beberapa bulan sahaja sebelum trip ini berlaku. Dulu2, kawasan ni mmg tpt eksport gandum, dan dengan itu juga la sebabnya township ni wujud. Dan jetty yang ada juga da cukup antik. Elok pulak kat sebelah jeti tu ada kilang gandum.

Perjalanan ni mengambil masa dekat 2 jam juga, walaupun jauhnya hanyer la lebih kurang 150km sahaja dari Adelaide. Sebab? sebab....kat australia ni, bukannye ble bawak laju2, hang maintain jela bawak 60km/j. Penat woo...kaki nak jaga pedal tu. Nak makan sambil drive pun boleh kena saman. Celah mana depa letak camera x tau la. Bukan ada pokok tinggi2 pun. Ladang gandum je merata (padahal banyak menyinggah tuh pasal amik masa lama).

Local pun selalu datang kat Adrossan ni. Biasanya untuk memancing dan mengetam. Ada juga aktiviti menyelam. Sebabnya kat sini ada shipwreck zaman2 titanic dlu. Tapi ni kapal pedagang la, x le secantek titanic tu. Tapi kalo aku ada lesen scuba diving, nak juga aku join mende2 gini.

Model2 ku sekalian di depan signage Yorke Peninsula sebagai bukti

Pantai Adrossan

Aku suka batang2 besi ni, apa motif eh?

Pantai Adrossan, merah batu2 tu. Aku x tau la jenis apa batu2 ni.

Jeti Adrossan, ramai org lepak memancing dan mengetam kat jeti ni

Tukang kari terhebat Malaya posing baik punye

Aku rasa cantek batu2 ni.

Proses nak panjat ni bukan senang, banyak tolak menolak, himpit menghimpit telah berlaku

Aku suka gambar ni....

Gambar ni pun...

Model terulung....

Haa....memang cantek, wa cakap lu. Atau aku je yang appreciate mende2 gini? ahahah

Itu dier kesemua model2 ku sedang berbaris

...bersama batang besi yang aku rasa cantek td. Aku suka model2 ni, sgt patuh dengan arahan. bagus!

Konon2 kagum


Sebelah bukit sana, ada kilang gandum, aku cuba untuk menyembunyikan wajah kilang itu dengan mengambil angle gini. Kunun bijak la tu.

Ini antara kilang mining masa on d way nak p Adrossan

Aku x tau apa purpose mende ni. Tapi aku rasa menarik. Aku je la rasa...

Kawasan mining kt tgh2 tu. Ada lurah yang amat besar style gunung berapi.

Kesimpulannya, Adrossan ni memang la kecik, walau asalnye kitorg nak p sampai ke Moonta Bay, tapi last2 posing2 di Adrossan sahaja, aku tetap rasa puas sebabnya, pemandangan yang ada kat Adrossan ni, memang aku x pernah tengok seumur hidup aku. Sesuatu yang baru. So, apa2 pun satu pengalaman dan sebagai manusia yang amat suka amik gambar, aku suka la kaler2 merah batu tu. Boleh aku buat tambah koleksi. Sebelum aku mengundurkan diri, gambar penutup yang aku jumpa masa nak balik ke Adelaide:-

UFO di tengah ladang gandum. Hip Hip Hooreyh!

Wassalam, Jazzakallahu Khayran, moga kita semua diberkatiNya, InsyaAllah.