Sabtu, 13 November 2010

Jalan Jalan Bukit Broga

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim,
Kaki ku dan Broga

Bukit Broga letaknya di Broga, Selangor. Lebih kurang 50 km dari Bandaraya Kuala Lumpur dan letaknya di antara Negeri Selangor dan Negeri Sembilan, iaitu antara Semenyih kawasan Hulu Langat dan Lenggeng. Mula2 aku dgn K.Eli sampai ke Broga adalah pada tahun 2008. Kami plek juga ada tempat nama Broga. Masa tu dok lalu2 je, xde niat nak memanjat pun. Yela main redah suka hati jalan2 perabis minyak. Nama Broga ni dikatakan berasal daripada nama hantu Buragas yang hidup dalam hutan Broga. Keh2. Klasik tol, teringat asal nama Bota, Perak, nama hantu sungai. Broga juga pernah menjadi tempat askar British lepak masa nak serang askar Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

Map Broga aku pinjam dari pakcik google

Aku suka hiking. Kenapa? sebab yang pertama, aku rasa lemak aku makin tepu. Haha. Yang kedua, setiap kali aku hiking aku challenge diri aku untuk sampai puncak tertinggi. Aku bukan la seorang yang bijak dan juga bukanlah hebat mana dalam segala segi pun. Chewah. So, nak dapat nombor satu dalam kelas tu memang ala2 mimpi la kiranya. Tapi setiap kali aku hiking dan berjaya tawan lagi satu peak. Aku rasa puas. Rasa macam menang BMW dari bsn pun ada juga. Yang ketiga, aku sangat suka kan nature. Dan setiap kali itu, aku lihat kebesaran Yang Maha Esa. MashaAllah, indahnya. 

Bukit Broga ni, terkenal dengan rumput lalang, juga dikenali sebagai bukit lalang. Di kaki bukit, perjalanan mendaki bermula dari kawasan ladang kepala sawit. On the way naik, ada aunty dengan uncle2 dok jual air kelapa dengan 100 plus. Kami jeling je...., ye la kan, excited tengah meluap2. Perjalanan mendaki mengambil masa lebih kurang 30 minit. Sebelum sampai ke peak yang penuh dengan lalang2 hijau, pendakian kami merempuh kawasan2 hutan untuk lebih kurang 20 minit. Ada beberapa kawasan yang agak steep, tapi tidaklah terlalu sukar. Kepada yang tangkas, 20 minit je sampai dan dah boleh tersengih2 posing kat atas tu.

Bukit Broga ada 3 peaks. Dan di atas tu boleh nampak panorama keliling dengan kawasan pembangunan kat bawah dan backdrop gunung ganang. Memang cantik. Kebiasaannya, kalau hujung minggu memang sangat ramai umat manusia yang berpeleseran di sini. Sebab, Bukit Broga ni antara bukit yang mudah didaki dan mempunyai pemandangan yang sangat indah. Luas mata memandang.

Laluan dari kaki bukit melalui ladang kelapa sawit

Bukti kaki aku menapak naik. hehe

Pandangan masa on the way nak sampai peak. Lalang tu belum terbakar ye, aku yang dok edit smpi jadi hangus.

Kasut cabut tapak.

Haaa...ni bukan ladang gandum kat holland, ini Broga.

Itu lah first peak

Serius aku tak tau siapa abang ni. Suka suki nak interframe.

Model2 anggun sedang posing.


Kali ni aku tak ada banyak gambar sebab masa tu dah start panas, sebab kami sampai pun dah agak lambat. Next trip maybe nak naik Broga ni lagi, tapi cadangnya maybe nak bermalam di Mantin, insyaAllah kalau ada peluang nanti. Sekian, gambar penutup;

Bumper aku tercabut time nak balik dari Broga.

Jazzakallahu Khayran.

2 ulasan:

  1. jual bumper tu agak2 ada hrga ak?

    BalasPadam