Khamis, 23 Disember 2010

Jalan Jalan South Africa: Johannesburg

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim,


Perjalanan kami ke Afrika Selatan bermula dengan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Johannesburg. Johannesburg juga dikenali dengan nama Joburg atau Egoli yang bermaksud Place of Gold dan merupakan bandar terbesar di Afrika Selatan dan mempunyai lebih kurang 3.2 juta penduduk. Banyak lombong-lombong emas keliling Joburg. Apa yang pada aku agak menarik tentang Joburg ini adalah hierarchy taraf kehidupan penduduk tempatan. Kalau yang kaya tu, amat lah kaya raya dan yang miskin, sgt obvious kemiskinan depa. Kebanyakan penduduk asal, bukan mat saleh tinggal di kawasan Soweto. Semuanya ada kena mengena dengan politik, dikatakan kekayaan negara tidak di agihkan sama rata. Sebab tu, kawasan rumah setinggan dah jadi sebahagian daripada landscape Joburg. Pada aku, setinggan depa ada identiti. Tersusun elok.

Jurang antara yang kaya dan yang miskin sangat besar dan menyebabkan Joburg menjadi antara salah satu bandar yang mempunyai crime rate sangat tinggi. Masa aku kat sana, memang depa dok bagitau awal-awal jangan dok jalan merata tak tentu hala. Beg pun kena jaga. Rumah-rumah orang kaya elok dengan power fence siap. Takut je ada lembaga yang menyelinap panjat pagar. Bukan rumah je, hotel pun pakai power fencing. Dengan alasan itulah, mamat supir kami tak mau bawak kami jalan-jalan keliling Joburg. Hangin tol aku dengan mamat sorang ni. Alih2 dia dok tido dalam van. Ceit. Siapa perompak sebenar?

Langit time subuh

Billboard tepi highway Joburg

OR Tambo International Airport

Power Plant jadik tempat iklan

Soccer City, Johannesburg

Soccer City, Johannesburg
 
Rumah Subsidi, ada kena mengena dengan orang Zulu ni, tp aku tak igt cerita dier mcm mana. Tapi yang aku pasti, perempuan tak dibenarkan duduk kat rumah2 ni. Prejudis sungguh....ahaha.

Rumah Subsidi

Power plant yang cuba untuk bercerita kisah2 sedih penduduk soweto

Rumah Mandela zaman sebelum kena tangkap. Tak dapat masuk, sbb datang awal sangat

Program rumah subsidi. Rumah subsidi depa aku rasa senonoh la sikit dari low cost housing kat Malaysia. Tapi itu sebab depa banyak tanah. Biasanya, depa upgrade dari rumah setinggan tu sendiri. Maknanya, di tanah yang sama. Tak da la kes2 kena halau. 

Aku agak kagum juga, melihatkan usaha kerajaan depa dalam menangani kemiskinan, walau banyak kontroversi tentang penyelewengan. Almaklumlah, aku duduk negara kecik yang jalanraya lurus pun bercapok2. Depa penduduk ramai, tapi inisiatif untuk membantu golongan miskin ni nampak la sedikit sebanyak hasil. Aku suka dengan statement "Houses For Everyone". Dalam 8 tahun sahaja, lebih kurang 77% penduduk South Africa adalah home owner sendiri. Dari tahun 1994, dibawah program rumah subsidi, 1,323,205 rumah telah disediakan dan 36% adalah untuk ibu tunggal. At least, tax depa yang tinggi berhantu tu, worth it la kiranya. 

The people shall govern, ni zaman2 apartheid.


Pasar di Kliptown, Soweto

Pasar ni architecture cukup punya smart. Pasar je pun.


Ini bukan sabun. Ini lumpur keras. Buat makan. Bukan tanam bunga.

Gerai2 belum buka

Dia tulis, ini tempat doktor

Banyak juga tempat-tempat yang kami missed. Supir malas kan. Duit nak, buat keje tak mboh. So keunikan sebenar Joburg aku banyak tak dapat explore seperti Hillbrow Tower iaitu menara tertinggi di Afrika. Satu hari satu malam kami di Johannesburg. Esoknya, kami ke Capetown...tungggguuuuuu...cantik u....

Gambar penutup untuk entry ini;
Pisang dalam bahasa Afrika...PIESANG

Jazzakallahu Khayran.

Sabtu, 13 November 2010

Jalan Jalan Adelaide: Glenelg

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim,

Jeti Glenelg time sunset

Glenelg letaknya lebih kurang 9 km dari City of Adelaide. Dekat je. Biasanya kami naik tram atau bas. Kalau lagi kental, jalan kaki pun boleh sampai. Serius, demi menjimatkan 2 dolar. Masa weekend, akan ada tram zaman dahulukala, vintage beb. Tapi aku tak pernah berkesempatan pun nak try tram vintage ni. Glenelg antara tempat eksklusif untuk tourists. Tram ke Glenelg ni boleh diterjah dari Adelaide City ke Moseley Square, Glenelg. Banyak la hotel2 ,tempat2 makan dan Beachhouse, amusement park. Yang paling aku suka kat glenelg ni adalah kedai jual oyster, fish and chip dan juga, aiskrim. Adoihay...time2 stress memang sini la kami layan.

Mengikut fakta yang aku baca, Glenelg ni telah di established pada tahun 1836 dan merupakan kawasan kampung mat saleh yang terawal di South Australia. Kiranya kat sini la William Light sembang dengan konco-konco dia nak design layout Adelaide.

Pasir pantai Glenelg sangat putih. Nak guling2 hindustan memang best. Landmark yang femes di Glenelg adalah Jeti Glenelg yang dibina pada tahun 1857. Tapi yang ada ni bukanlah yang original, sebab yang asalnya da kena sapu dengan ribut pada tahun 1948. So yang ada ni kiranya da moden la, tak pakai kayu da.

Model2ku bergembira sambil menunggu tram

Model2ku girang menuju ke pantai

Jurufoto utama sedang beraksi

Aku suka betul gambar ni, comel.

Cantikkan pasir Glenelg

Semua model yang ada kecuali jurufoto2

Matahari on the way nak terbenam

Model2ku yang comel, backdrop jeti glenelg


Kak Riza dan jeti dan sunset

Batu batu di pesisiran pantai


haa....model yang sangat akur

Jeti Glenelg

Banyak kali juga aku singgah Glenelg ni semasa di Adelaide. Asal boring je, layan sunset Adelaide. Maklumlah, Adelaide tu sangatlah kecil radiusnya. Penghujung pantai glenelg ni ada batu2, gambar batu2 tu dah hilang pula, harddisk buat hal. Cantik juga pemandangannya. Maybe kalau ada terjumpa aku cuba upload disini. Akhir sekali, gambar penutup;

Arghhhhh...aku rindu donut ni!

Jazzakallahu Khayran.

Jalan Jalan Bukit Broga

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim,
Kaki ku dan Broga

Bukit Broga letaknya di Broga, Selangor. Lebih kurang 50 km dari Bandaraya Kuala Lumpur dan letaknya di antara Negeri Selangor dan Negeri Sembilan, iaitu antara Semenyih kawasan Hulu Langat dan Lenggeng. Mula2 aku dgn K.Eli sampai ke Broga adalah pada tahun 2008. Kami plek juga ada tempat nama Broga. Masa tu dok lalu2 je, xde niat nak memanjat pun. Yela main redah suka hati jalan2 perabis minyak. Nama Broga ni dikatakan berasal daripada nama hantu Buragas yang hidup dalam hutan Broga. Keh2. Klasik tol, teringat asal nama Bota, Perak, nama hantu sungai. Broga juga pernah menjadi tempat askar British lepak masa nak serang askar Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

Map Broga aku pinjam dari pakcik google

Aku suka hiking. Kenapa? sebab yang pertama, aku rasa lemak aku makin tepu. Haha. Yang kedua, setiap kali aku hiking aku challenge diri aku untuk sampai puncak tertinggi. Aku bukan la seorang yang bijak dan juga bukanlah hebat mana dalam segala segi pun. Chewah. So, nak dapat nombor satu dalam kelas tu memang ala2 mimpi la kiranya. Tapi setiap kali aku hiking dan berjaya tawan lagi satu peak. Aku rasa puas. Rasa macam menang BMW dari bsn pun ada juga. Yang ketiga, aku sangat suka kan nature. Dan setiap kali itu, aku lihat kebesaran Yang Maha Esa. MashaAllah, indahnya. 

Bukit Broga ni, terkenal dengan rumput lalang, juga dikenali sebagai bukit lalang. Di kaki bukit, perjalanan mendaki bermula dari kawasan ladang kepala sawit. On the way naik, ada aunty dengan uncle2 dok jual air kelapa dengan 100 plus. Kami jeling je...., ye la kan, excited tengah meluap2. Perjalanan mendaki mengambil masa lebih kurang 30 minit. Sebelum sampai ke peak yang penuh dengan lalang2 hijau, pendakian kami merempuh kawasan2 hutan untuk lebih kurang 20 minit. Ada beberapa kawasan yang agak steep, tapi tidaklah terlalu sukar. Kepada yang tangkas, 20 minit je sampai dan dah boleh tersengih2 posing kat atas tu.

Bukit Broga ada 3 peaks. Dan di atas tu boleh nampak panorama keliling dengan kawasan pembangunan kat bawah dan backdrop gunung ganang. Memang cantik. Kebiasaannya, kalau hujung minggu memang sangat ramai umat manusia yang berpeleseran di sini. Sebab, Bukit Broga ni antara bukit yang mudah didaki dan mempunyai pemandangan yang sangat indah. Luas mata memandang.

Laluan dari kaki bukit melalui ladang kelapa sawit

Bukti kaki aku menapak naik. hehe

Pandangan masa on the way nak sampai peak. Lalang tu belum terbakar ye, aku yang dok edit smpi jadi hangus.

Kasut cabut tapak.

Haaa...ni bukan ladang gandum kat holland, ini Broga.

Itu lah first peak

Serius aku tak tau siapa abang ni. Suka suki nak interframe.

Model2 anggun sedang posing.


Kali ni aku tak ada banyak gambar sebab masa tu dah start panas, sebab kami sampai pun dah agak lambat. Next trip maybe nak naik Broga ni lagi, tapi cadangnya maybe nak bermalam di Mantin, insyaAllah kalau ada peluang nanti. Sekian, gambar penutup;

Bumper aku tercabut time nak balik dari Broga.

Jazzakallahu Khayran.

Selasa, 19 Oktober 2010

Jalan Jalan Umrah Empat

........sambungan daripada Jalan Jalan Umrah Tiga

Di sini, banyak pengajaran yang aku belajar. Dari masa trip yang pertama sehingga yang ini. Yang penting niat dan apa2 yang terdetik di hati, kena jaga2. Tapi aku kagum dengan diri aku, maybe Allah lindungi aku, daripada perasaan marah atau geram atau apa sahaja. Kesabaran aku agak hebat masa di Mekah. Yang aku tahu, aku berzikir selalu. Ketika dalam perjalanan pulang, pergi masjid...dimana2 pada masa aku mampu. Tapi, bila masa aku zikir itu, pikiran ku melayang teringat sesuatu atau terfikirkan sesuatu yang tidak baik atau hatiku terlintas untuk mencurigai sesuatu, tasbih aku hilang dan berterabur tengah jalan.

Kami ziarah keliling Mekah naik van kecik je. Himpit2 semua. Masa ni juga sekali lagi p Miqat untuk ihram. beberapa kali juga kami ulang umrah, selagi mampu dan terdaya. Sekiranya time tua nanti, seharusnya aku da kurang larat. Alhamdulillah rezeki aku masa muda sempat ke Mekah.

Ini masa lawatan ke muzium, tiang lama masjidil haram, corinthian column beb

Pintu lama ke makam Saidian Abu Bakar di Masjid Nabawi

Pintu Masjid Nabawi yang lama

Nak tunjuk tenunan kain Kaabah

Pintu Kaabah yang lama

Tenunan pada kain Kaabah

Mimbar lama Masjidil Haram

Ladang unta.....

Susu unta fresh...cuppacino style...keh3

Pakcik pemerah susu unta...fresh!

Jelingan padu unta

Kilang proses susu unta

Susu unta tarik, aku x minum susu unta ni walau istaz tu semangat suruh aku minum. Aku cakap, aku lactose..keh3. aku takot muntah je sebenarnyer....

Ini masa kami lalu kawasan haji di Mina. Bermalam di Mina adalah salah satu rukun haji. Yang bgnn tuh, hotel five star untuk pak arab kaya yang x mahu bermalam di Mina dalam khemah macam org lain. X tau la boleh ke x, wallahualam.

Khemah di Mina

Itu adalah Jabal Rahmah. Jabal Rahmah dikisahkan sebagai tempat pertemuan Adam dan Hawa ketika di dunia. Macam ada kat sini. Tompok2 tahi unta mmg berlambak, sbb banyak unta kat sini untuk orang ramai amik gambar bersama. Satu gambar depa charge sampai seratus riyal. Memang cekik darah, da la orang x mau amik pun. Dihadapan Jabal Rahmah ni la kawasan dimana jemaah haji wukuf di Arafah.

Ini mungkin mangsa seratus riyal yang telah melarikan diri tak mau bayar. Ke sini je la gambar dier. Aku je yang appreciate.

Tangga ke Jabal Rahmah

Orang ramai di Jabal Rahmah, aku tak naik, aku tunggu bawah jer.

Jabal Nur, dimana terdapatnya gua hira', tempat Rasulullah menerima wahyu yang pertama. Boleh nak naik atas, kalau aku ada min masa ni, da naik da aku rasa.

Pakcik2 menjual di kawasan kaki Jabal Nur


Kawsan Jabal Nur


Kawasan Arafah

Ladang Unta

Dekat sepuluh hari juga kami di Mekah sebelum berangkat pulang ke Malaysia daripada Jeddah. Sebelum ke Jeddah, kami jalan2 disekitar Mekah untuk kali yang terakhir, beli apa yang patut, yang dikirim sahabat handai, keluarga segala. Sebelum ke airport, kami singgah di shopping complex di bandar Jeddah untuk shopping kali terakhir dan juga lawatan ke masjid terapung. Masjid terapung ni pada aku biasa ke. Tak tau la kenapa harus dijadikan tempat lawatan para jemaah. Menarik lagi pekan lama jeddah tu. Ada rumah2 kayu lama2 situ atau pun tempat penggal kepala orang. Huish...itu mmg aku seram la.


Kurmaaa......kurmaaa...mahal yang ni.

Ini memang mengagumkan la. Tutup kedai semua p jemaah. Sampai keluar dari kawasan masjid ni penuh semua.



Bakso paling mahal di dunia, 10 riyal

Kurma kuning tu la yang rasa mcm epal. Manisss...

Masjid terapung

Jual jual dikawasan masjid terapung 

Kaki saya di laut merah

Makcik ni aku betul2 x brapa nak paham. Ada ke dier nak buang gambar cucu dier dalam laut ni supaya cucu dier dapat jejak kaki ke sini. Simbolik la kot....

Tapi pada aku...kesian cucu dier....

Masjid terapung dr sudut pandangan aku

Airport Jeddah

Maka, tibalah waktu untuk pulang. Hiba juga rasa, kalau la aku ada rumah kat sini atau boleh je terus settle down kat sini. Bertuah rasa mereka yang memang berasal dari Mekah. Tiap2 hari nak umrah pun boleh. Tapi itu la, susah untuk kita dapat, kita akan appreciate lebih lagi. Alhamdulillah. Pengajaran yang aku dapat, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kalau kita betul2 inginkan sesuatu pasti ada jalan. Dan alhamdulillah, Allah telah memilih kami sebagai tetamuNya. Kalau diberi peluang dan rezeki, insyaAllah aku nak menunaikan haji ketika aku masih muda ni. Sementara kederat masih ada. Makin lama pun rasanya accommodation dan living cost di Mekah ni akan bertambah mahal. Maklum la diorg da sibuk nak membangunkan kota Mekah ni. Harap2 tidak la sampai menyusahkan muslimin dan muslimat seluruhnya. InsyaAllah. Gambar penutup :-

Gambar terbaik yang aku ada

Wassalam, Jazzakallahu Khayran.