....sambungan capetown satu.
Lepas habis melara diatas summit Table Mountain, kami menuju deras ke Cape Point National Park. Table Mountain dan Cape Point adalah sebahagian daripada Cape Peninsular. Cape Peninsular asalnya adalah sebuah pulau yang kemudiannya membentuk semenanjung dan stretch sepanjang 75km ke selatan-barat Lautan Atlantik. Di penghujung semenanjung ini lah letaknya The Cape Point. Cape Point National Park buka pada pukul 6 pagi sehingga 6 petang. Tiket sekali masuk berharga 20 Rand untuk kanak2 dan 80 Rand untuk dewasa. Masuk dengan kereta, motorsikal, basikal atau yang lebih tegar pakai kaki pun buleh.
Part of Cape Peninsula. Ketika dalam perjalanan menuju Cape Point National Park
Pemandangan di sekitar national park menuju Cape Point
Cape Peninsula merupakan formasi gunung ganang berbatu
Bunga-bunga liar di National Park.
Baboon memang banyak, baboon liar sangat menakutkan okeyh! seriously, am not hoping to see any of it.
Inilah namanya kambing gurun
Cape of Good Hope dikatakan sebagai pertemuan diantara dua lautan, iaitu Lautan Atlantik dan Lautan India. Tapi ini hanya dikatakan sahajalah, sebab menurut International Hydrographic Organization, pertemuan dua lautan ini adalah 200km Southeast dari Cape of Good Hope ini iaitu di Cape Agulhas. Sila rujuk sini, http://ioc-unesco.org/. Cape of Good Hope ada kisahnya. Dinamakan sebagai Good Hope sebab lepas orang2 Belanda jumpa Africa, dah lepak2 lebih kurang kat sini, disebalik peninsula ni, depa jumpa India dan Asia Timur. Maka bermulalah penaklukan demi penaklukan. So, kira Good Hope pada depa la. Kalau tak, takde la kita kena hafal nama Alfonso de Albuquerque, sampai la ni, aku x reti sebut, naseb pass sejarah. Lagi satu yang best, disinilah legend The Flying Dutchman itu! waweeeee........, kapten hantu kapal yang tough dan aku rasa ada sedikit kacak. Keh3.
Cape of Good Hope, patut aku amik gambar dari jauh, tapi sebab da petang, x sempat nk menjelajah ke situ
Pemandangan di sekitar National Park
Selepas oohh-aaahhh di Cape Point National Park dengan pemandangan yang sangat superb, kami pulang ke Capetown. Dalam perjalanan singgah sat tengok African Penguin di Boulders Beach. Boulders Beach terletak diantara Simon's Town dan Cape Point. Penguin2 ni asalnya adalah pelarian dari False Bay. Pada tahun 1982, dua ekor penguin telah hinggap di Boulders Beach sebab lari dari False Bay yang dah tak selamat lagi sebab depa punya telur selalu kena curi, dah tu kena kacau pulak lagi. Maka tak aman hidup mereka sebab banyak sangat harrassment. Dari pada dua pasang tu, sampai la dah 3000 ekor sekarang. Sama ada disebabkan mereka membiak dengan jayanya atau ramai sangat followers yang mengagumi perjuangan mereka. Boulders Beach dikelilingi dengan batu2 Granite yang sudah berusia lebih 540 juta tahun. hmmm.....
African penguin ini COMEL sangat.
Proses mengeringkan Body
Yeayyy...slumber party!!
Mengeringkan badan sebelum tido
Sangat cute okey itu penguin. Sepanjang perjalanan aku di South Africa ni, aku sangat kagum dengan pemandangan di sini. Boleh dikatakan antara tempat2 paling indah pernah aku lawati, New Zealand dan South Africa. Table Mountain is officially one of my fav. Sebelum aku layan sakit bahu aku ni dan terus zzzzzz, bawah ni aku kepilkan antara gambar yang aku paling suka, Bokaap dan Table Mountain. :)
Jazzakallahu Khayran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan