Bismillah ir-Rahman ir-Rahim,
Taman Melawati. Tempat aku membesar, kena buli, kena denda dengan cikgu cekgi, merewang suka2 hati, naik basikal ikut celah2 kaki bukit padahal tak tau pun itu kaki bukit. Masa aku kecik2 aku selalu kutip batu2 yang aku ingatkan berlian juta2 punya ringgit. Bila aku da berukuran 5kaki 5 inci baru aku tahu yang batu2 tu adalah kristal quartz, atau bahasa saintifik nya, silicon-oxygen tetrahedra...huuu, terasa bijak bila menyebutnya.
Batu-batu kristal ni adalah sebahagian daripada Bukit Tabur. Bukit Tabur adalah bukit kristal yang terpanjang didunia. Panjangnya lebih kurang 16km dan berketinggian kurang daripada 1000m, kalau tak silap dalam 800m sahaja. Masa hiking lebih kurang 3-4 jam. Difficulty aku kasik moderate to very dangerous. Nak kira pada nasib pun iya juga. Untuk para penggayat, ada sedikit ketar la rasanya.
Bukit Tabur dari rumah aku. Tak silap aku, bukit bentuk gigi tu (ridge) ada dalam 5 station. Tapi tak semua adalah accessible.
How to get there? Anda tau dimana zoo negara? Kalau anda dari MRR2 hala dari Ampang, sila lah observe elok2 akan signboard tepi jalan, sampai jumpa signboard suruh masuk junction Taman Melawati. Begitu juga kiranya anda dari arah Gombak. Masuk junction Taman Melawati, anda akan jumpa sekolah rendah di sebelah kanan, kemudian sekolah menengah dan juga depan sikit sekolah Tamil. straight up, akan ada roundabout, amik pukul 9, straight up, roundabout lagi, pukul 12, smpi ada T junction, konar kanan, straight je sampai hujung. Anda akan nampak ada bangsal lama kot kat situ. Dan juga jalan mati, rasanya hujung tu ada puncak niaga punya tank. Anyway, park situ and up up to the hill. Kalau agak2 kurang pemahaman disitu, silalah google yer, Bukit Tabur. Pasti jumpa, InsyaAllah.
Permulaan perjalanan mendaki lalu hutan biasa.
Perjalanan mendaki dari kaki bukit macam biasa, lalu hutan2 pokok meninggi. Ada la dalam 10-15 minit, permukaan tanah beransur2 jadi batu2 kapur. Yang paling interestingnya, celah2 batu kapur ni, dah tak ada pokok2 hutan meninggi, tapi yang ada pokok2 renek.
View to the other side of Bukit Tabur, that is the Bukit Tabur East.
Macam karpet okeyh mende hijau ni. lembut2. hehe. okeyh, awek tu min nama die.
Satu2nya model aku sedang berdiskusi, berlatar belakangkan Bukit Tabur East dan Klang Gate Dam
Pokok renek telah memulakan penjelamaannya
Yang membuatkan Bukit Tabur lain daripada gunung2 atau bukit2 yang lain adalah, sifat komposisinya, topography dan pemandangan. I'd rather say that, this is quite a challenging hike, sebab part of Bukit Tabur is made of Batu kapur. So, lebih daripada separuh perjalanan hiking ini adalah rock climbing la, gayut2 tali la, lompat2 batu la. Cekal harus cekal. He He.
View Dam dari celah2 batu, sambil bergayut pada batu juga.
Taman Melawati Township
View of Klang Gate Dam
Itu adalah Bukit Melawati
Klang Gate Dam
Vertical Climb
Ini gambar paling syiok, my fav. tengah2 tu pendaki sekalian, sebelah kiri Klang Gate Dam, sebelah kanan The Township of Taman Melawati.
Min dan batu kapur dan pokok2 renek ala2 kebun jepun
Yeayyy karpet hijau!!!
Ini adalah pemandangan di atas puncak Bukit Tabur.
Terasa macam kat Jepun. Moshi Moshi.
Perjalanan turun kalau boleh tak perlu lah untuk berpatah balik. Sebelum ke puncak atau point yang paling hujung, ada satu jalan turun. Point yang terakhir pada aku adalah paling menarik. Sebab keadaan hutan atas tu ala2 kebun jepun. Macam pokok bonsai pun ada. Tanah2 penuh dengan 'karpet hijau'. Rasa nak guling2 hindustan. So, untuk Bukit Tabur, aku bagi 5 bintang. The best of the best. :)
akhirnyer!!!!! mana abg roti??
BalasPadamabang roti x leh masuk ini drama, sebab x tau adakah benar dier wujud? jeng3
BalasPadam