Ahad, 20 Mac 2011

Jalan Jalan Adelaide: Botanical Park

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim,


Adelaide Botanical Garden ni tak ada lah jauh sangat, masih lagi dalam Adelaide CBD. Tapi sepanjang aku berada di Adelaide adalah dalam 3-4 kali sahaja aku sempat melawat walaupun aku telah mengisytiharkan Botanical Garden ini sebagai salah satu tempat favorite aku dalam satu dunia ni. Hehe.

Adelaide Botanical Garden sangat luas, aku rasa aku belum pun sempat habis jelajah seluruh taman tu. Luasnya adalah 125 ekar dan terletak di North-east Adelaide City. Dekat je dengan University of Adelaide. Sebelah Uni Adelaide ada hospital, sebelah hospital...adalah ini Garden. Setiap kali aku datang sini, mesti ada pengantin2 buat kenduri kendara kat sini, atau pun posing2 golek hindustan dekat sini. Maka, banyaklah kereta2 antik berkeliaran di persekitaran. 

Aku suka idea BBQ atau piknik di taman2 nan indah. Tepi sungai lagi aku suka. Dalam beberapa kali lawatan aku ke sini, sekali kami piknik dan sekali kami layan BBQ. Last sekali lawatan adalah untuk mengabadikan kenangan Western Parade di pokok buluh. Okeyh part yang tu ada sedikit sayu dan kelakar sikit. Aku ada gambar pesalah vandalisma itu.


The Palm House yang terbina sekitar tahun 1875. Ada model ayu kat tangga tu.

Taman ini direalisasikan sekitar tahun 1854 yang mana asalnya idea Botanic Garden ni dah ada dah dalam plan Adelaide City yang asal. Iaitu masa William Light baru nak start planning Garden City Adelaide. Tahukah anda Adelaide city ni adalah satu bandar terancang yang dikelilingi oleh Green Belt. Kalau tengok dan study Master Plan Adelaide ni, memang gah. Tapi masalah Urban Sprawl telah membuatkan bandar terancang ini sudah kurang terancang nya. 

Ada dua glass house yang pada aku agak menarik la di sini. Pertama adalah The Palm House, yang bercirikan Senibina Victorian. Kalau tak silap la, depa import semua struktur, kaca segala dari German. Yang kedua, Bicentennial Conservatory. Di conservatory ini ada hutan hujan khatulistiwa. Masuk je dalam rasa macam masuk pintu suka hati Doraemon. Tiba2 masuk hutan Malaysia. Serius beb....

Conservatory ini telah di reka oleh local Architect, Guy Maron. Pada aku, smart jugak la. Tak sangka bangunan canggih itu ada hutan didalamnya. :)

Antara axis point yang ada, air pancut.

Longkang kering adalah suatu kebiasaan di Adelaide ni.

Okeyh, bukan makwe ni cantek, tapi setting belakang tu yang cantek, ok sekarang aku rasa nak gelak....

Entrance Bicentennical Coservatory

Ini baru entrance....

Sculpture kaca depan Coservatory

Suka reflection tu...

Suka gambar ni....

Buluh tempat orang mengabadikan cinta la kununnye.....tahun 2009, bulan 12...tiba2...ada pulak yang buat cerita sayu kt sini.

Antara pokok bunga yang ada.

Pengantin2 tengah posing, apa pengantin lelaki tu buat?

Ini adalah trip kitorg kali kedua, PIKNIK!!!!!

Posing kepala sahaja....

 Cantek kan? oleh sebab aku bukanlah peminat pokok bunga yang tegar, tidak kutahu nama2 bunga bungaan ini.


Comel2

 :)

Liyana depan conservatory yang canggih itu

Min tengah buat senaman yoga

Ahahahha...like!

Conservatory di depan Rose Garden

Rose, cantek kan? ini zaman tengah jiwang...nampak bunga je, berbunga2 jadinya...ahahhaha. aduh2.

Like..like...like...

Ini trip yang terakhir, bersama Jijetto, liyana dan jajabeng. Itulah Conservatory yang canggih.

Haaaa...vandalisma oleh ketua jabatan Western Parade, siap tunjuk kunci lagi. Masa ni kami semua pakat balik Malaysia ramai2. Tinggal Jijetto sorang2. So, kira ini gambar kenangan la.

Pesalah vandalisma tanpa rasa bersalah.

Cantikkan ini taman....antara spot favorite semua adalah rose garden. Tapi tak semua musim ada bunga2 ros ni, terutama time winter. Nampak dahan kering jer..... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan