Isnin, 18 Oktober 2010

Jalan Jalan Umrah Tiga

...sambungan daripada Jalan Jalan Umrah Dua

Perjalanan ke Mekah dari Madinah mengambil masa lebih kurang 6 jam. Kami naik bas sahaja. Tapi ok la perjalanan tak sepenat dari Jeddah ke Madinah, sakit body woooo. Kami bertolak pagi dan sepanjang perjalanan ni aku berdebar. Yela, sebab mission ke Mekah adalah mission yang utama...umrah. Sedih juga hati mahu meninggalkan Madinah, sedih sebab belum puas kejar Rawdah, tetapi sesuatu yang lebih ajaib menanti di Mekah. Sebenarnye, ini adalah trip umrah ku kali yang kedua. Yang pertama kali dlu, aku follow ibuku. Lepak Istanbul 6 hari. Time tu kamera cabuk, blur sokmo (nak salahkan kamera, padahal mmg x reti amik gambar pun). Tapi umrah yang dulu dan umrah kali ni amat berbeza. Berbeza daripada segi penghayatan, tanggungjawab dan tujuan. Umrah kali ini amat bermakna sekali. Alhamdulillah.

Dalam perjalanan kami singgah Masjid Bir Ali untuk miqat kerana arah kami dari Madinah. Aku sangat suka senibina Bir Ali ni. Pada aku planning masjid ni memang cun habis. Interior pun aku suka. Malas aku nak explain pakai bahasa arkitek kat sini. Akan menguji minda nanti. Konsep dier, courtyard. Lapang je nak masuk. Aku memang suka. Honestly, aku memang tunggu nak datang balik kat Bir Ali ni untuk amik gambr sebab satu masa dulu kamera aku cabuk.

Antara lorong celah2 masjid dalam satu kompaun

Courtyard dalam Masjid Bir Ali

Aku suka gila sama ini gambar.

Arch corridor, mcm framing plak untuk background tu

Ramai2 jemaah umrah lepas niat ihram.

Pokok dan bangunan

Keadaan himpit berhimpit dalam Masjid, siap ada kes kasut hilang lg.

Interior masjid

Tempat amik wuduk

Siling antara arches

Sampai di Mekah, kami terus umrah, sebabnya bila da ada dalam ihram ni, banyak pantang larang yang perlu dijaga. Apabila jejak kaki di Mekah, hati memang girang beb. Rindu yang amat dan macam tak sangka aku masih berpeluang untuk ke Baitullah ini. Alhamdulillah syukur ku pada peluang ini. Kami siap2 untuk ke Masjidil haram lepas letak beg segala, Takbir. Takbir dan Takbir sehingga kami lihat Kaabah. Syahdu. Setiap kali ku nampak kaabah, hati tersentuh. Memang sayu, terharu segala ada. Kami solat sunat, dan rukun umrah dikerjakan. Alhamdulillah, selagi termampu, kami kerjakan. Itulah kelebihannya bila kita yang masih muda ni diberi peluang seperti ini.

Pemandangan sepanjang jalan, lebih kurang je.

Ini antara perkara aku tak berapa setuju tapi aku tak mau bebel kat sini. Sebabnya, tak salah nak developkan Mekah ni. Tapi secara bijaknya, boleh dilakukan dalam jangka masa berperingkat, bukan nk roboh semua selagi buleh. Batuk kering hangpa tau? (bebel jugak aku)

Bangunan di sekeliling hotel kami, on d way ini semua nak dibangunkan.

Hotel kami dari pandangan hadapan. Memang la tak berapa nak canggih, tapi aku bersyukur dengan semuanya.

Hotel sepit generasi terakhir. 10 tahun akan datang, xde da hotel jenis tangga tak ikut by law ni.

Keliling hotel memang kedai semua. Aku suka asher mangga kedai depan tuh..adoiii...teringin oi!

Entrance hotel sepit kami, bukan sempit yer...SEPIT. terSEPIT oleh kedai2 dan bangunan lain.

Hotel sepit ni memang international, cayalah!

Di Masjidil Haram sama sahaja macam di Masjid Nabawi, tak boleh bawak kamera masuk dalam. Tapi biasa la teknologi segala. Kamera tak perlu bagak baru orang tau itu kamera. Macam di Madinah, dier rampas sumer telefon ada kamera dan kamera2 kecik ni. Tetapi di Mekah, aku lebih bijak dari biasa. keh keh keh. Pengalaman mengajar aku untuk pinjam kamera kecik mak aku yang mana aku boleh sembunyik dimana jua ikut keperluan....ahahahah. Kalau tak dapat amik gambar akan aku rasa tak lengkap perjalanan hidup aku.


Tingkap di bahagian saie tingkat atas

Kawasan saie, aku ada hantar gambar ni pada Kak Jinggo, saja nak kasi dier sayu.

Burung merpati di kawasan Masjidil Haram. Ada kisah burung merpati Mekah dan Rasulullah ketika di Gua Tsur. Ada yang cerita sekiranya diberi makan burung2 ni besar pahalanya, Wallahua'lam.

Interior dalam Masjidil Haram, time ni memang aku style mission impossible ni. Semunyik2 kamera, keluar ikut celah2 nak snap tu. Cantik kan? keh keh keh

Axis to Kaabah.

Kaabah dari tingkat atas. Ramainya orang.

Itu jam ala2 big ben, x tau la napa diorg ni x de idea lain ker?

Interior masjid, sgt intricate

Aku suka ini lampu.

Arches

Budak arab aku main kuci2. comel giler!

Pandangan Kaabah dari kawasan wanita.

Itu adalah koridor tingkat atas

.....bersambung Jalan Jalan Umrah Empat




2 ulasan:

  1. haoh,tima kaseh atas sumbngan gambo scara lngsong tuh..smpan lg..so smua gmbo dri kemra kcik la,hebat gok,trcbr neh...thniah utk umrah,doakanku jua..

    BalasPadam
  2. insyaAllah bebeh. haa kamera mu pung canggeh beb. bak mai terai mehhh...satu konsert sy ble jual vid tuh...pergh~

    BalasPadam