Assalamu Alaikum Warahmathullahi Wabarakathuh,
Perjalanan ini adalah perjalanan yang paling indah. Kerana perjalanan ini merupakan perjalanan mencari ketenangan hidup yang dah lama hilang dari hidup aku. Sebelum ni aku kehilangan sesuatu yang membuatkan aku rasa sedih yang amat. Memang zaman kejatuhan la kiranya. Dan dari masa itu lah, aku mencari2 cara untuk hilangkan rasa sedih dan kecewa yang hanya Allah je yang tahu. Cinta memang sesuatu yang indah, tapi seindah2 cinta manusia, hanyalah sementara. Tapi aku lupa hakikat yang paling nyata, cinta hakiki Allah SWT. Aku lupa Allah sentiasa ada dengan aku. Macam2 aku buat untuk hilangkan apa yang aku rasa. Seronoknya sekejap je, lepas tu sedih balik. Duduk saja2 pun boleh nangis. Giler. Rugi2.
Sampai ada satu tahap tu, hidup aku makin susah, sebab aku byk sgt bersukaria yang x menghilangkan pun rasa sedih aku. Aku fikir dan fikir dan fikir, mana silap aku? Aku mula solat malam, aku cuba hayati setiap ayat kalamAllah. Sedikit demi sedikit, kesedaran absorb dalam diri aku. Sedikit demi sedikit, hati aku tenang. Rupanya yang hilang itu adalah iman dan takwa. Jiwa aku kosong kerana tiada pengisian. Aku bersyukur, dengan apa yang jadi sebelum aku menjadi diri aku sekarang. Walaupun pilihan aku dulu dimulai dengan istikharah. Sekarang ini baru aku nampak hikmahnya. Allah bagi aku kebahagiaan dan kemudian beri aku kekecewaan, sebab ada pelangi selepas hujan. Kerana Allah mahu aku mencari keredhaanNya untuk menjadi hambaNya yang lebih baik. Syukran ya Allah.
Jadi, aku mula memasang cita2 untuk menunaikan umrah. Masa tu aku x berduit sangat. Aku tanye kawan2 aku siapa yang nak juin ini trip. Ramai yang ingat aku nak p umrah nak doa jodoh. Memang silap sangat tu, trip ini adalah trip mencari keredhaan, mencari ketenangan. Aku kumpul duit. Aku rasakan keajaiban yang hebat. Aku betul2 xde duit. Tapi aku kerja. Aku buat kerja2 sambilan juga. Rezeki tu datang dan aku percaya sebab Allah nak memudahkan hasrat aku ke Baitullah. Selagi ada usaha mesti ada jalan. Aku plan dengan kawan2 aku untuk p umrah tanggal 25 Jun 2010 dan alhamdulillah, elok2 je sebulan sebelum tanggal tu, cukup2 duit aku dapat kumpul iaitu 4200 dalam masa brapa bulan shj. Aku x percaya juga. Rezeki kan. Alhamdulillah.
Aku da bercadang nak p dengan k.eli, dayah and bakya. Risau juga mula2 sebab kami semua perempuan. Baru habis study lak tu (nak cakap muda sebenarnyer..he he he). K.eli yang tolong carikn agensi paling murah yang ada time tu. Memang paling murah la. X dapat da tpt lain harga gitu. RM 4200 sekaligus. Makan tempat tinggal semua cukup. Tapi last2 k.eli x jadi juin. Akhirnya juin pakej yang lain. Yang tinggal hanya aku, dayah dan bakya.
Disebabkan pakej kami yang murah, kami kena naik Bangladesh Air. Dan kena singgah di Bangladesh untuk beberapa jam. Lama juga sebenarnye. Tapi aku sebagai traveller yang tegar. Aku seronok sebenarnyer. Alang2 x payah aku masukkan Dhaka dalam list travel aku da. Kui kui kui. Tapi last2, mayb rezeki kami, Allah nak bagi. Ajaib juga aku rasa ni. Dapat la kami naik MAS direct ke Jeddah tanpa penambahan kos. Alhamdulillah sekali lagi.
Tuh dia...flight MAS..lonjakan ombak! |
Masa tengah menunggu nak naik flight |
Kami sampai ke Jeddah dalam pukul 8 malam. Bas da siap menunggu untuk bawa kami ke Madinah. Oh yer, nak masuk sini untuk para wanita, kena ada mahram. Mahram kitorg salah seorang pakcik yang dalam group kami. Group kami ada dalam 15 org. Aku rasa orang memang plek la dengan kitorg ni. Sebab nye, budak2 muda, perempuan lak tu. Aku rasa keje macam ni x ramai kot org2 muda buat unless diorg study sana.
Memang sangat penat masa tu, sebab kami sampai ke madinah dalam pukul 3 pagi. Mata pun terbuka separuh jer. Terus check in dan cari katil. Elok jer pukul 4 lebih, azan subuh. Macam zombie gak la masa tu. Tapi semangat berkobar2. Aku siap ada percubaan menyeludup kamera. Maklum la, aku rasa x lengkap diri ini tanpa kamera. Tapi itu la, Madinah dengan Mekah memang tempat mustajab berdoa. Tiap kali nak masuk masjid dengan bawak kamera, aku doa siap2 jangan la mak gad ni jumpa kamera aku walau depa dok raba merata. Alhamdulillah, x pernah kantoi dengan kamera bagak ini. He he he.
Masjid Nabawi pada waktu malam, ni entrance paling dekat dgn hotel kami
Masjid Nabawi
Kawasan Wanita
Pintu ke Masjid Nabawi
Masjid Nabawi ni juga dikenali dengan Masjid Rasulullah SAW. Masjid asal kecik je dan bersebelahan dengan rumah Rasulullah SAW. Sekarang ni masjid Nabawi adalah masjid kedua terbesar di dunia selepas Masjidil Haram. Di tengah2 masjid ni ada makam Nabi kita, Nabi Muhammad. Terletak elok di bawah kubah hijau. Kubah hijau ni, x tau dari zaman bila terbinanya ia. Tapi setahu aku, ia adalah kubah masjid yang asal. Disini juga terletaknya, makan sahabat Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Pahlawan Islam yang sangat hebat.
Didalam Masjid Nabawi ni ada satu kawasan yang sangat istimewa. Ar-Rawdah-An-Nabawiyah. Letaknya di antara tempat mimbar Rasulullah sehingga ke makamnya. Untuk para wanita, tempat ni ditutup. Aku x sure sebab apa, tapi sebab wanita ni emo lebih sket. Dok meratap2, meraung2 kat tepi makan Rasulullah. X kasi can kat org lain nak solat sama. Heh, ni bukan bangsa kita la kan, Alhamdulillah. Orang melayu bersopan santun. Disini doa adalah mustajab, InsyaAllah.
It was narrated from Abu Hurayrah that Muhammad said: “The area between my house and my mimbar is one of the gardens ( riyaad, sing. rawdah) of Paradise, and my minbar is on my cistern (hawd)” Narrated by al-Bukhaari, 1196; Muslim, 1391. Itu lah kawasan Ar-Rawdah.
Bahagian luar Masjid Nabawi, nmpk payung2 tu? aku teringat cerita jeepers creepers.
Masjid Nabawi dr luar
Bila die tutup tu nampak macam sayap jeepers creepers.
Mamat maintenance
...bersambung Jalan Jalan Umrah Dua
Pakcik tu namanya Abdullah Sani Bin Wahab.... ;)
BalasPadamahahahaha, iyer, paklong awak. Terima kaseh sebab igt kan. :)
BalasPadamheheh.... ;P
BalasPadam