Selasa, 19 Oktober 2010

Jalan Jalan Umrah Empat

........sambungan daripada Jalan Jalan Umrah Tiga

Di sini, banyak pengajaran yang aku belajar. Dari masa trip yang pertama sehingga yang ini. Yang penting niat dan apa2 yang terdetik di hati, kena jaga2. Tapi aku kagum dengan diri aku, maybe Allah lindungi aku, daripada perasaan marah atau geram atau apa sahaja. Kesabaran aku agak hebat masa di Mekah. Yang aku tahu, aku berzikir selalu. Ketika dalam perjalanan pulang, pergi masjid...dimana2 pada masa aku mampu. Tapi, bila masa aku zikir itu, pikiran ku melayang teringat sesuatu atau terfikirkan sesuatu yang tidak baik atau hatiku terlintas untuk mencurigai sesuatu, tasbih aku hilang dan berterabur tengah jalan.

Kami ziarah keliling Mekah naik van kecik je. Himpit2 semua. Masa ni juga sekali lagi p Miqat untuk ihram. beberapa kali juga kami ulang umrah, selagi mampu dan terdaya. Sekiranya time tua nanti, seharusnya aku da kurang larat. Alhamdulillah rezeki aku masa muda sempat ke Mekah.

Ini masa lawatan ke muzium, tiang lama masjidil haram, corinthian column beb

Pintu lama ke makam Saidian Abu Bakar di Masjid Nabawi

Pintu Masjid Nabawi yang lama

Nak tunjuk tenunan kain Kaabah

Pintu Kaabah yang lama

Tenunan pada kain Kaabah

Mimbar lama Masjidil Haram

Ladang unta.....

Susu unta fresh...cuppacino style...keh3

Pakcik pemerah susu unta...fresh!

Jelingan padu unta

Kilang proses susu unta

Susu unta tarik, aku x minum susu unta ni walau istaz tu semangat suruh aku minum. Aku cakap, aku lactose..keh3. aku takot muntah je sebenarnyer....

Ini masa kami lalu kawasan haji di Mina. Bermalam di Mina adalah salah satu rukun haji. Yang bgnn tuh, hotel five star untuk pak arab kaya yang x mahu bermalam di Mina dalam khemah macam org lain. X tau la boleh ke x, wallahualam.

Khemah di Mina

Itu adalah Jabal Rahmah. Jabal Rahmah dikisahkan sebagai tempat pertemuan Adam dan Hawa ketika di dunia. Macam ada kat sini. Tompok2 tahi unta mmg berlambak, sbb banyak unta kat sini untuk orang ramai amik gambar bersama. Satu gambar depa charge sampai seratus riyal. Memang cekik darah, da la orang x mau amik pun. Dihadapan Jabal Rahmah ni la kawasan dimana jemaah haji wukuf di Arafah.

Ini mungkin mangsa seratus riyal yang telah melarikan diri tak mau bayar. Ke sini je la gambar dier. Aku je yang appreciate.

Tangga ke Jabal Rahmah

Orang ramai di Jabal Rahmah, aku tak naik, aku tunggu bawah jer.

Jabal Nur, dimana terdapatnya gua hira', tempat Rasulullah menerima wahyu yang pertama. Boleh nak naik atas, kalau aku ada min masa ni, da naik da aku rasa.

Pakcik2 menjual di kawasan kaki Jabal Nur


Kawsan Jabal Nur


Kawasan Arafah

Ladang Unta

Dekat sepuluh hari juga kami di Mekah sebelum berangkat pulang ke Malaysia daripada Jeddah. Sebelum ke Jeddah, kami jalan2 disekitar Mekah untuk kali yang terakhir, beli apa yang patut, yang dikirim sahabat handai, keluarga segala. Sebelum ke airport, kami singgah di shopping complex di bandar Jeddah untuk shopping kali terakhir dan juga lawatan ke masjid terapung. Masjid terapung ni pada aku biasa ke. Tak tau la kenapa harus dijadikan tempat lawatan para jemaah. Menarik lagi pekan lama jeddah tu. Ada rumah2 kayu lama2 situ atau pun tempat penggal kepala orang. Huish...itu mmg aku seram la.


Kurmaaa......kurmaaa...mahal yang ni.

Ini memang mengagumkan la. Tutup kedai semua p jemaah. Sampai keluar dari kawasan masjid ni penuh semua.



Bakso paling mahal di dunia, 10 riyal

Kurma kuning tu la yang rasa mcm epal. Manisss...

Masjid terapung

Jual jual dikawasan masjid terapung 

Kaki saya di laut merah

Makcik ni aku betul2 x brapa nak paham. Ada ke dier nak buang gambar cucu dier dalam laut ni supaya cucu dier dapat jejak kaki ke sini. Simbolik la kot....

Tapi pada aku...kesian cucu dier....

Masjid terapung dr sudut pandangan aku

Airport Jeddah

Maka, tibalah waktu untuk pulang. Hiba juga rasa, kalau la aku ada rumah kat sini atau boleh je terus settle down kat sini. Bertuah rasa mereka yang memang berasal dari Mekah. Tiap2 hari nak umrah pun boleh. Tapi itu la, susah untuk kita dapat, kita akan appreciate lebih lagi. Alhamdulillah. Pengajaran yang aku dapat, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kalau kita betul2 inginkan sesuatu pasti ada jalan. Dan alhamdulillah, Allah telah memilih kami sebagai tetamuNya. Kalau diberi peluang dan rezeki, insyaAllah aku nak menunaikan haji ketika aku masih muda ni. Sementara kederat masih ada. Makin lama pun rasanya accommodation dan living cost di Mekah ni akan bertambah mahal. Maklum la diorg da sibuk nak membangunkan kota Mekah ni. Harap2 tidak la sampai menyusahkan muslimin dan muslimat seluruhnya. InsyaAllah. Gambar penutup :-

Gambar terbaik yang aku ada

Wassalam, Jazzakallahu Khayran.

2 ulasan:

  1. nadiyah, gambar terbaik tu memang terbaik lah. but i would like to suggest that you put watermark on that pic. sayang kalau orang suka suki ambil without proper credit. though kalau orang nak ambil, ada watermak pun diorang bleh ambik.

    anyway. i really hope i will be able to set foot there when i am young. amin.

    BalasPadam
  2. mak ura, ahahah, tu la, ingatnya nak buat juga style logo ke anything that shows its my property, tp malas puler, sbb byk sgt gmbr yang ada. hehe. maybe next post saya buat.

    oh u will, bila ada rezeki nanti, insyaAllah.

    BalasPadam