Ahad, 6 Mac 2011

Jalan Jalan South Africa : Capetown Dua

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim,


....sambungan capetown satu.


 Lepas habis melara diatas summit Table Mountain, kami menuju deras ke Cape Point National Park. Table Mountain dan Cape Point adalah sebahagian daripada Cape Peninsular. Cape Peninsular asalnya adalah sebuah pulau yang kemudiannya membentuk semenanjung dan stretch sepanjang 75km ke selatan-barat Lautan Atlantik. Di penghujung semenanjung ini lah letaknya The Cape Point. Cape Point National Park buka pada pukul 6 pagi sehingga 6 petang. Tiket sekali masuk berharga 20 Rand untuk kanak2 dan 80 Rand untuk dewasa. Masuk dengan kereta, motorsikal, basikal atau yang lebih tegar pakai kaki pun buleh.

Part of Cape Peninsula. Ketika dalam perjalanan menuju Cape Point National Park

 Pemandangan di sekitar national park menuju Cape Point

Cape Peninsula merupakan formasi gunung ganang berbatu

 
Bunga-bunga liar di National Park.

 Baboon memang banyak, baboon liar sangat menakutkan okeyh! seriously, am not hoping to see any of it.

Inilah namanya kambing gurun

Cape of Good Hope dikatakan sebagai pertemuan diantara dua lautan, iaitu Lautan Atlantik dan Lautan India. Tapi ini hanya dikatakan sahajalah, sebab menurut International Hydrographic Organization, pertemuan dua lautan ini adalah 200km Southeast dari Cape of Good Hope ini iaitu di Cape Agulhas. Sila rujuk sini, http://ioc-unesco.org/. Cape of Good Hope ada kisahnya. Dinamakan sebagai Good Hope sebab lepas orang2 Belanda jumpa Africa, dah lepak2 lebih kurang kat sini, disebalik peninsula ni, depa jumpa India dan Asia Timur. Maka bermulalah penaklukan demi penaklukan. So, kira Good Hope pada depa la. Kalau tak, takde la kita kena hafal nama Alfonso de Albuquerque, sampai la ni, aku x reti sebut, naseb pass sejarah. Lagi satu yang best, disinilah legend The Flying Dutchman itu! waweeeee........, kapten hantu kapal yang tough dan aku rasa ada sedikit kacak. Keh3.

 Cape of Good Hope, patut aku amik gambar dari jauh, tapi sebab da petang, x sempat nk menjelajah ke situ

  
Pemandangan di sekitar National Park

Selepas oohh-aaahhh di Cape Point National Park dengan pemandangan yang sangat superb, kami pulang ke Capetown. Dalam perjalanan singgah sat tengok African Penguin di Boulders Beach. Boulders Beach terletak diantara Simon's Town dan Cape Point. Penguin2 ni asalnya adalah pelarian dari False Bay. Pada tahun 1982, dua ekor penguin telah hinggap di Boulders Beach sebab lari dari False Bay yang dah tak selamat lagi sebab depa punya telur selalu kena curi, dah tu kena kacau pulak lagi. Maka tak aman hidup mereka sebab banyak sangat harrassment. Dari pada dua pasang tu, sampai la dah 3000 ekor sekarang. Sama ada disebabkan mereka membiak dengan jayanya atau ramai sangat followers yang mengagumi perjuangan mereka. Boulders Beach dikelilingi dengan batu2 Granite yang sudah berusia lebih 540 juta tahun. hmmm.....

African penguin ini COMEL sangat.


Proses mengeringkan Body

 Yeayyy...slumber party!!

Mengeringkan badan sebelum tido


Sangat cute okey itu penguin. Sepanjang perjalanan aku di South Africa ni, aku sangat kagum dengan pemandangan di sini. Boleh dikatakan antara tempat2 paling indah pernah aku lawati, New Zealand dan South Africa. Table Mountain is officially one of my fav. Sebelum aku layan sakit bahu aku ni dan terus zzzzzz, bawah ni aku kepilkan antara gambar yang aku paling suka, Bokaap dan Table Mountain. :)


Jazzakallahu Khayran.

Isnin, 7 Februari 2011

Jalan Jalan South Africa : Capetown Satu

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim,


Capetown. Atau dalam bahasa afrikaan ~ Kaapstad, adalah bandar kedua paling padat di South Africa. Capetown adalah salah satu daripada tiga capital cities of South Africa selain Pretoria untuk administrative dan Bloemfontein untuk perundangan. Antara tarikan utama di Capetown adalah scenerynya. Yang paling sinonim adalah The Table Mountain dan Cape of Good Hope.

Rumah kuning di kaki Gunung Meja

Perjalanan kami ke Capetown bermula dari Knysna dan mengambil masa lebih kurang 5-6jam untuk perjalanan sejauh 500km. Pada ketika kami sampai ke Capetown hari telah pun petang, jadi kami terus check-in ke apartmen kami di De Waterkant Village.

De Waterkant Village sangat unik. Satu penempatan dimana letaknya european cottages berwarna-warni dengan jalan yang masih berbatu cobble. Setiap unit penempatan di sini bercirikan senibina Georgian, Belanda dan Asia. Cottages ini telah dibina seawal tahun 1760 oleh pendatang, samada oleh penjajah Belanda atau juga adalah Cape Malays. Ada yang mengatakan De Waterkant ini juga sebahagian daripada Bokaap iaitu perkampungan Melayu di Capetown. Ada sebuah masjid telah dibina di De Waterkant ini. Uniknya De Waterkant Village ini adalah pemandangan sekeliling. Letaknya adalah di kaki Table Mountain dalam kawasan City Bowl (...city bowl adalah kawasan berbentuk seperti ampitheatre yang dikelilingi dengan Table Bay, Table Mountain, Lion's Head, Signal Hill dan Devil's Peak).

Awning pintu sebuah rumah di Loader St, De Waterkant

Comel nyerh...tingkap bulat

De Waterkant Village, tempat gay-gay berkumpul

Pintu style Avant-Garde, tengah pikir nak duduk sini ke tak, macam rumah berhantu pun ada.

View dari De Waterkant towards the city

Esok paginya, kami melawat kawasan di persekitaran De Waterkant Village, termasuk juga Bokaap. Bokaap letaknya di kaki Signal Hill. Ada beberapa kawasan yang dikatakan suci dimana letaknya keramat-keramat nenek moyang Cape Malays. Setiap rumah di warnakan dengan pelbagai warna yang terang dan inilah identiti perkampungan Melayu di Bokaap. Setiap rumah bercirikan senibina Eropah dan Belanda. Bokaap adalah penempatan orang Melayu Cape seawal tahun 1750an. Orang Melayu Cape berasal dari Indonesia dimana para alim ulama yang cuba menentang kedatangan orang Belanda pada tahun 1654 telah dibuang dan dipenjarakan di Capetown yang pada ketika itu adalah sebuah pelabuhan persinggahan kapal-kapal dagangan. Dengan itu, agama Islam juga berkembang di Capetown dan terbinalah sebuah masjid tertua di South Africa iaitu Masjid Nurul Islam pada tahun 1844. Penduduk asal South Africa dipanggil "Black" tetapi Cape Malays, walaupun banyak perkahwinan campur antara warga tempatan dan juga orang-orang Melayu Cape, mereka di kategorikan sebagai "Coloured". 90% penduduk Bokaap adalah Muslim namun 10% dikatakan orang luar yang cuba untuk mendiami kawasan Bokaap ini kerana harganya kian meningkat dan kawasan persekitaran yang cantik.

Bokaap, jalan yang senget yer...bukan rumah senget

Rumah jiran kaler pink, jiran sorang lagi kaler hijau. Kalah rumah melaka.

Minaret Masjid Nurul Islam, di celah rumah-rumah

Memang matching la scooter ni lepak depan rumah

Another masjid di belakang

View of Bokaap from Nurul Islam Mosque



Table Mountain from Bokaap

The Table Mountain adalah landmark utama di Capetown. Kira macam backdrop dia la. Dipanggil table sebab? aku assume sebab summit atas adalah tersangatlah flat yang dipanggil plateau. Plateau ini adalah selebar 3km dan di kelilingi oleh Devil's Peak di Timur dan Lion's Head di bahagian Barat. Tinggi Table Mountain ini adalah 3563 kaki. Awal-awal pagi boleh dilihat ada satu lapisan awan yang cantik elok je terbentang di atas plateau. Awan ini dinamakan Table Cloth. Heh logik kan? Alas meja letak atas meja? keh3.

Di celahan pemandangan ke Devil's Peak

 Permukaan memang flat habis.
Devil's Peak

Cable dari bawah, masa ni dalam cable car.

The Table Bay

Mengkarung? menCicak?

Cape Peninsula

Lion's Head dari Cable Car

Lion's Head

Capetown City

Untuk naik ke summit Table Mountain, boleh secara hiking atau cable car. Harga satu tiket dewasa untuk menaiki cable car adalah R180 (RM75) pergi balik atau R95 untuk satu trip. View sangat remarkable. Indahnya, ciptaan Illahi. Antara tempat yang paling impressive pada aku di Capetown ni, harus lah the Table Mountain. InsyaAllah kiranya ada umur dan kemampuan, nak juga datang balik untuk hiking sahaja. He He.

...bersambung Capetown Dua

Ahad, 23 Januari 2011

Jalan Jalan South Africa : Knysna

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim,


Perjalanan ke Capetown bermula dengan penerbangan dari Johannesburg ke Port Elizabeth. Port Elizabeth adalah 260km dari Knysna dan 800km dari Capetown. Port Elizabeth merupakan point permulaan perjalanan kami merentasi The Garden Route.

 From Joburg to Port Elizabeth

Sekodeng luar tingkap airport

1 Time airplane. Sket punye bising enjin dier, keluar pun ikut bontot kapal terbang. Ini memang lain punye kapal terbang.

Garden Route merupakan antara destinasi paling popular di South Africa. Kenapa? sebab sepanjang Garden Route ni adalah dimana terletaknya pantai, sungai, celah2 gunung ganang yang paling cantek di South Africa. Aku hanya boleh cakap...pergh! tak tipu beb. Stretch Garden Route ni bermula dari Heidelberg sehingga ke Capetown.

Map diatas adalah perjalanan sepanjang Garden Route. http://www.lynx-tours.com/self_drive_tours_south_africa.htm

Pada awalnya, kami ingin memulakan perjalanan road trip dari Joburg ke Durban. Tapi mengikut info2 yang boleh dipercayai, stretch perjalanan tu tak ada la brapa nak menarik pun, minyak je banyak habis. So, dengan kepercayaan yang bersungguh, kami fly dari Joburg ke Port Elizabeth. Save separuh perjalanan. He He.
 
Lepas je turun dari flight di Port Elizabeth, kami settle isu kereta sewa yang sangat competitive. Pening2 nak angkat kereta segala style yang ada dan harga yang sangat "marvellous". Di Port Elizabeth tak lepak mana2 kami teruskan perjalanan ke Knysna. Memang plan untuk tidur di Knysna. Takut tak sempat sampai sebelum malam, kami memecut.
 
Perjalanan ke Knysna

Setinggan di tepian jalan

Pekan kecil Knysna

Apartmen di Knysna, tempat perhentian kami sebelum ke Capetown

Ada swimming pool, tak sempat nak buat aksi menarik

Satu bilik

Dua bilik, ada bilik ketiga, biasa2 saje

Setting memang cun
 
Knysna terletak di antara George (mengikut info yang dibaca, adalah antara kampung yang tercantik, semuanya cantek kan, nak jadikan modal bercerita, tapi rasanya sebab back drop memang penuh dengan gunung ganang) dan Plattenberg Bay. Lebih kurang 270km dari Port Elizabeth dan 500km ke Capetown. Knysna dikelilingi dengan pemandangan Outeniqua Mountains dan Lautan Indian. Rumah-rumah yang ada pun memang kebanyaknya dibina di atas bukit2.  Di tengah2 pekan Knysna ada sebuah lagoon, The Heads. Banyak aktiviti di The Heads ni. Kalau kaki gatal nak hiking ke abseiling ke, memang satu experience yang menarik, boleh buat masuk diari.
 
Mengikut cerita orang2 tua, asal nama Knysna ni asalnya daripada mat2 saleh Jerman yang datang merayau2 kawasan ni. Sorang mat saleh tanya sama member kamceng, "Nice...na?". Aku saspek ini kisah palsu. Tapi yang lebih mendatangkan confident pada diri ini adalah di mana dikatakan Knysna ni berasal daripada perkataan Khoi, bermaksud..."hard to reach" merujuk kepada The Heads.
 

Rumah-rumah di celahan bukit

Canggih nya, harap2 tak ada lah baboon menginap bersama


Knysna ni terkenal dengan pemandangan sekeliling, juga arts and crafts nye dan aktiviti2 mencabar. So kalau lah kiranya ada masa dan peruntukan dari segi kewangan, nak juga datang balik dan buat segala aktiviti2 yang seperti itu. Persinggahan kami di Knysna hanyalah untuk satu malam sahaja. Keesokan harinya, kami berangkat pula ke Capetown merentasi 500km stretch The Garden Route. :)

Gambar penutup; diamond mak datok punya besar yang aku jumpa di Knysna. Naseb baik tak ada yang saspek masa gambar ini diambil. Takjub2.

Besar! wow!!



Wassalaam, Jazzakallahu Khayran.