Khamis, 23 Disember 2010

Jalan Jalan South Africa: Johannesburg

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim,


Perjalanan kami ke Afrika Selatan bermula dengan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Johannesburg. Johannesburg juga dikenali dengan nama Joburg atau Egoli yang bermaksud Place of Gold dan merupakan bandar terbesar di Afrika Selatan dan mempunyai lebih kurang 3.2 juta penduduk. Banyak lombong-lombong emas keliling Joburg. Apa yang pada aku agak menarik tentang Joburg ini adalah hierarchy taraf kehidupan penduduk tempatan. Kalau yang kaya tu, amat lah kaya raya dan yang miskin, sgt obvious kemiskinan depa. Kebanyakan penduduk asal, bukan mat saleh tinggal di kawasan Soweto. Semuanya ada kena mengena dengan politik, dikatakan kekayaan negara tidak di agihkan sama rata. Sebab tu, kawasan rumah setinggan dah jadi sebahagian daripada landscape Joburg. Pada aku, setinggan depa ada identiti. Tersusun elok.

Jurang antara yang kaya dan yang miskin sangat besar dan menyebabkan Joburg menjadi antara salah satu bandar yang mempunyai crime rate sangat tinggi. Masa aku kat sana, memang depa dok bagitau awal-awal jangan dok jalan merata tak tentu hala. Beg pun kena jaga. Rumah-rumah orang kaya elok dengan power fence siap. Takut je ada lembaga yang menyelinap panjat pagar. Bukan rumah je, hotel pun pakai power fencing. Dengan alasan itulah, mamat supir kami tak mau bawak kami jalan-jalan keliling Joburg. Hangin tol aku dengan mamat sorang ni. Alih2 dia dok tido dalam van. Ceit. Siapa perompak sebenar?

Langit time subuh

Billboard tepi highway Joburg

OR Tambo International Airport

Power Plant jadik tempat iklan

Soccer City, Johannesburg

Soccer City, Johannesburg
 
Rumah Subsidi, ada kena mengena dengan orang Zulu ni, tp aku tak igt cerita dier mcm mana. Tapi yang aku pasti, perempuan tak dibenarkan duduk kat rumah2 ni. Prejudis sungguh....ahaha.

Rumah Subsidi

Power plant yang cuba untuk bercerita kisah2 sedih penduduk soweto

Rumah Mandela zaman sebelum kena tangkap. Tak dapat masuk, sbb datang awal sangat

Program rumah subsidi. Rumah subsidi depa aku rasa senonoh la sikit dari low cost housing kat Malaysia. Tapi itu sebab depa banyak tanah. Biasanya, depa upgrade dari rumah setinggan tu sendiri. Maknanya, di tanah yang sama. Tak da la kes2 kena halau. 

Aku agak kagum juga, melihatkan usaha kerajaan depa dalam menangani kemiskinan, walau banyak kontroversi tentang penyelewengan. Almaklumlah, aku duduk negara kecik yang jalanraya lurus pun bercapok2. Depa penduduk ramai, tapi inisiatif untuk membantu golongan miskin ni nampak la sedikit sebanyak hasil. Aku suka dengan statement "Houses For Everyone". Dalam 8 tahun sahaja, lebih kurang 77% penduduk South Africa adalah home owner sendiri. Dari tahun 1994, dibawah program rumah subsidi, 1,323,205 rumah telah disediakan dan 36% adalah untuk ibu tunggal. At least, tax depa yang tinggi berhantu tu, worth it la kiranya. 

The people shall govern, ni zaman2 apartheid.


Pasar di Kliptown, Soweto

Pasar ni architecture cukup punya smart. Pasar je pun.


Ini bukan sabun. Ini lumpur keras. Buat makan. Bukan tanam bunga.

Gerai2 belum buka

Dia tulis, ini tempat doktor

Banyak juga tempat-tempat yang kami missed. Supir malas kan. Duit nak, buat keje tak mboh. So keunikan sebenar Joburg aku banyak tak dapat explore seperti Hillbrow Tower iaitu menara tertinggi di Afrika. Satu hari satu malam kami di Johannesburg. Esoknya, kami ke Capetown...tungggguuuuuu...cantik u....

Gambar penutup untuk entry ini;
Pisang dalam bahasa Afrika...PIESANG

Jazzakallahu Khayran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan